CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18012|Reply: 78

Sitting Bull - Lagenda Hebat Seorang Pahlawan.

[Copy link]
Post time 3-10-2019 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 3-10-2019 02:13 PM


Warning ! Cerita Panjang Berjela !

Pernah dengau nama Sitting Bull ? Atau korang pernah nampak gambau orang tua ni kat mana mana buku sejarah ? Haaa jadi hari ni pakcik Otto nak cerita kat korang pasal seorang ketua dari salah satu puak native amareka ( Red Indian ) yang dah terpahat dalam lembaran sejarah peperangan di amareka. – Sitting Bull. Dia ni dah lead kaum dia dan bunoh beratus ratus tentera amareka yang nak rampas tanah kaum dia di Bighorn, Montana dalam peperangan yang diberi nama The Battle Of Little Bighorn.

The Battle Of Little Bighorn ni dah jadi salah satu mimpi ngeri kepada sejarah ketenteraan orang kulit putih Amareka bila mana mereka telah dikalahkan dengan begitu teruk sekali, dan tapak peperangan tersebut diberi jolokan “The Last Stand Custer” yang mana Custer adalah nama kepada ketua askar geng kulit putih Amareka, Colonel George Armstrong Custer.

Siapa Sitting Bull ni ? Dia ni ketua kepada puak “Hunkpapa Lakota” dari suku native “Sioux”. Bapak dia pulak dikenali dengan nama Jumping Bull. Dilahirkan sekitar tahun 1830 di Grand River, Dakota. Masa dia ni lahir, dia diberi nama jolokan Hunkesi atau dalam bahasa melayu kita ni bermakna “Perlahan” dek kerana sifat dia yang sangat teliti dalam semua aspek. Bila umur dia 14 tahun, dia mula masuk kedalam kumpulan pejuang puak Lakota yang mana bapak dan pakcik dia pundah lama jadi ahli kumpulan ni. Sepanjang dia terjebak dalam kumpulan pejuang ni, dia menunjukan banyak aksi keberanian dia dalam mengejar dan mengumpul kuda kuda liar dan bawak semua kuda kuda tu ke tapak pejuang puak Lakota. Saksi saksi yang tengok keberanian dan kehandalan Hunkesi ni balik ke tapak camp dan ceritakan kat orang kampong pasal kehebatan Hunkesi. Bapak dia sangat bangga dengan kehebatan dan keberanian yang anak dia tunjukan kepada puak Lakota dan bapak dia tukarkan nama dia jadi “Thathanka Iyotake” dalam bahasa Lakota yang membawa maksud "Buffalo Bull Who Sits Down" dalam bahasa inggeris. Lama lama orang sebut nama dia “Sitting Bull”, jadi simple.


Sejak beratus tahun dahulu, bilamana orang kulit putih menjejak kaki ke benua amareka, mereka dah membunuh beribu ribu puak asli penduduk asal benua tersebut. Peperangan demi peperangan kerap kali tercetus dek kerana perebutantanah dan sumber hasil bumi yang ada kat benua amareka menyebabkan orang kulit putih tamak nak jadi kaya. Sejak beratus tahun juga pendatang kulit putih tak hormatkan hak hak penduduk setempat dan dengan rakus mencipta undang undang mereka sendiri yang memaksa puak asli di benua amareka berpindah randah keluar dari kampong halaman. Ingat balik kisah Pocahontas yang pakcik pernah ceritakankat korang macam mana jahatnya pendatang kulit putih ni bila menjarah tanah orang. Begitu jugak la halnya dengan keadaan puak Lakota. Mereka ni terdiri dari 3 puak besar ; Lakota, Sioux, dan Cheyenne.

“Give a man some corn, feed him for a day. Teach him how to grow a corn, He kills you and steal your land” - Pernah dengau pepatah ni anak anak sekalian ?  

So, bilamana puak puak native di amareka ni ditekan dari segala sudut sejak beratus tahun, maka lahirlah ramai wira wira tempur dalam nak menyelamatkan kampung halaman diorang, diantara wira wira ni termasuklah jugak Sitting Bull. Peranan dia dalam menentang penjajahan orang kulit putih di amareka sangat banyak.Pakcik ceritakan kat korang seberapa yang pakcik mampu. Dia punya berani memanglejen habis.


Dia ni juga banyak memainkan peranan penting dalam misi nak bagi luas kawasan memburu untuk puak Lakota dan Sioux di sekitar Dakota. Dia jugak lah yang menyatukan puak puak yang lain supaya bersatu dan membentuk sebuah ikatan sukuindian yang lama kelamaan jadi besar dan kuat.

Rasa tak puas hati dan pertelingkahan dia yang mula mula sekali dengan geng askarkulit putih US ni terjadi masa tindak balas askar US kat puak Santee Sioux berkenaan hal “Minnesota Massacre” atau cakap melayu dia pembunuhan / penyembelihan kat Minnesota.  Minnesota Massacre ni jadi sebab tokey tanah tak bayar gaji kat pekerja pekerja bangsa Sioux dan Lakota dan tidak berlaku adil kat diorang sekaligus menyebabkan gengni masa tu kelaparan dan banyak menghadapi kesusahan lain. Bila diorang tertekan, pekerja bangsa Sioux dan Lakota buat rusuhan besar besaran dengan melakukan pembunuhan beramai ramai terhadap bangsa kulit putih tak kira siapa, tokey ke anak tokey ke pekerja ke mandor ke semua kena bunoh. Natijah dari pembunuhan geng kulit putih ni, kerajaan US arahkan askar menangkap beratus ratus lelaki Sioux serta mengasingkan diorang dari keluarga. Hasil dari tangkapan tersebut seramai 38 orang lelaki Seoux dan Lakota dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 26 Disember 1862, dan ianya menjadi hukuman gantung sekali gus paling ramai dalam sejarah gantung menggantung orang kat amareka.

Jadi, first Sitting Bull ni tak puas hati pasal tragedi  Minnesota Massacre. Untuk 5 tahun yang mendatang lepas tu, dia sering bertempur dengan askar askar US yang masuk kekawasan memburu diorang yang mana askar US ni merosakkan kegiatan ekonomi orang indian kat situ. Kat situ lagi satu hal dia tak puas hati dengan askar kulit putih US nih.

Dipendekkan cerita sikit, pada tahun 1866 dia dilantik jadi ketua memburu bagi kawasan utara jajahan Sioux. Setahun lepastu, pada tahun 1867 dek karena keberanian dan kebijakan, dia dilantik manjadi ketua kepada seluruh puak dan kawasan Seoux.



Padatahun 1868, kerajaan US dan Sitting Bull meterai satu perjanjian damai diantara mereka berdua yang mana dalam perjanjian tu menyatakan kerajaan US bagi jaminan kat Bangsa Sioux seluruh kawasan selatan Dakota adalah hak milik kekal mereka dan dah di reserve / tempah untuk Sioux sahaja. Tapiiiiiiiiiiii….. pada tahun1870, derang dah jumpa emas kat kawasan reserve milik Sioux ni. Jadinya tokey tokey geng kulit putih mula ceroboh masuk kekawasan reserve Sioux ni balik. Apalagi, terjadila siri siri penentangan menghalau orang putih keluar dari kawasan diorang seperti mana hak mereka yang termaktub dalam perjanjian. Namun, pada 31Januari 1876, kerajaan amareka mengarahkan puak Sioux untuk pindah dari kawasanyang ada emas atau consider tidak bermusuh dengan kerajaan US masa tu, bermakna puak Sioux hanya boleh tengok je orang putih menjarah tanah diorang yang adaemas tu tanpa boleh buat apa apa. Jahat kan ? Soooo fucking jahat.

Kalau sekalipun Sitting Bull nak terima tawaran tu, tak mungkin dia boleh bagi arahan untuk pindahkan orang orang kampung dia dalam cuaca yang sejuk masa tu dengan jarak perjalanan 390 kilometer ke kawasan yang baharu dalam masa yang singkat seperti yang kerajaan US tetapkan. Jadi option yang ada cuma tinggal satu jela. Perang !!!

Dipendekkan lagi cerita, dalam bulan mac, sekor orang putih nama dia General George Crook lead askar US untuk menyerang puak Sioux. Sitting Bull plan nak balas balik serangan dengan mengumpulkan puak puak indian yang lain antaranya puak Sioux sendiri, puak Cheyenne dan puak Arapaho. Pada 17 jun 1876, General George Crookni kalah dan berundur.  Manakala ketua ketua indian ni pulak berpindah kem diorang ke satu tempat yang diberinama “Little Bighorn”. Diorang berkhemah dilembah sungai berdekatan Little Bighorn.

Dekat Little Bighorn ni lah terjadinya titik hitam mimpi ngeri dan kekalahan paling besar bagi askar askar US berperang dengan puak Indian yang sampai hari ni terpahat dalam lembaran sejarah peperangan orang kulit putih kat Amareka.

Tamat part pengenalan Sitting Bull… pakcik nak ceritakan pulak pasal “The Last Stand Custer” & “The Battle Of Little Bighorn” ………….


The Battle Of Little Bighorn

Lama sebelum terjadinya peperangan Little Bighorn, dan lama sebelum Sitting Bulljadi Chief kepada masyarakat Sioux di Lakota, dia ni ada dapat vision, dari mana tu pakcik tak tau lah. Tapi dalam vision / tilik / mimpi ( ikut korang nakpercaya yang mana ) dia tu, dia nampak yang askar askar putih amareka ni jatuh berguguran macam belalang yang tengah terbang jatuh mati beramai ramai. Kiranya dia ni macam dah di takdirkan lah ikut kepercayaan masyarakat derang kat situ untuk jadi ketua dan untuk menjahanam kan askar askar orang putih amareka masa ni.

Baik,cerita pasal peperangan ni sebenaunya panjang ya amat amat… tapi pakcik cuba untok pendekkan seberapa yang boleh asalkan korang paham sudah lah ye.Hahaha…..

Mula mula sekali korang kena kenal, peperangan ni diantara askar amareka dengan orang asli penduduk asal amareka sebab nak kan tanah yang ada emas. Bila mana jumpa je emas kat kawasan tu, memang ramai pelobi pelobi dan peneroka kulit putih yang baharu masuk ikut suka diorang je tanpa memikirkan yang tanah tu adalah tanah hak milik puak native disitu. Seperti mana yang pakcik kabarkan kat atas, tak ada jalan lain yang tinggal melainkan jalan perang je yang puak indian ni nampak demi nak halau hanat hanat kulit putih ni dari terus menjarah tanah derang sesuka hati. Dalam perang ni belah orang asli amareka ada 3 jenis puak yang bergabung yaitu puak Lakota, Sioux dan Cheyenne sekaligus jadi gabungan puak asli paling ramai pernah terjadi dalam sejarah amareka.

Semua pahlawan pahlawan 3 puak ni berkumpul di Montana dibawah pimpinan sorang ketua perang paling hebat – Chief Sitting Bull. Kerajaan US pulak gather / kumpol askar seramai 2500 orang untuk hantam 3 puak nih sekaligus.

Geng askar US ingatkan yang puak native ni akan gunakan taktik perang macam yang derang selalu buat, serang dan lari menyorok, kemudian avoid / elak serangan besar dari musuh, susun balik strategi perang dari senario yang dah derang tengok, datang balik serang dan lari menyorok. So, askar US dah plan baek punya strategi macam mana nak kalah kan diorang. Askar US rancang nak jejak kat mana puak native selalu berkumpul kendian serang secara tiba tiba dengan kekuatan ketenteraan yang super banyak dan kekuatan senjata modern.


Sojar berkuda US lengkap bersenjata jalan menuju ke barat merentasi satu tempat nama dia Great Plains, diketuai sorang kulit putih bernama Colonel George Armstrong Custer dari pasukan berkuda ketujuh US army division, berjalan sejauh 70 kilometer untuk jejak kat mana puak puak native Indian duduk berkumpol. Unit tu saja ada lebih kurang 586 orang sojar biasa ( Kat barat derang panggil “troopers” untuk setiap person berkuda ), 31 pegawai, 33 orang tali barut dari puak native indian, dan beberapa orang yang tukang bawak barang barang untuk keperluan nak jalan jauh macam makan, minum, senjata spare, dan peluru.

Ikut plan asal, Custer suruh sojar dia tunggu kat satu kawasan nama dia “Mud Creek”, sampai pasukan Infantry dibawah seliaan General John Gibbon datang tambah bantuan sebelum buat serangan mengejut kat Sitting Bull and the gang. Tapi masa tengah berehat rehat tetiba datang sorang pemerhati kawasan dari puak indian ( tali barut ) bagi tau dia ada nampak puak native indian dah tawan beberapa orang askar kulit putih kat satu lembah di barat. Dengau je kabar berita tak best macam tu, Colonel George Armstrong Custer apa lagi, terus kasik arahan pada kumpulan dia supaya kemas tempat rehat dan start bergerak menuju kekawasan yang dikabarkan ada tawanan tu. Maka derang pun berjalan sepanjang malam tadak rehat langsung menuju ke barat.

Pagi 25 June 1876, geng peninjau bagi report lagi kat Custer, dia nampak ada ramai native indian yang tengah prepare senjata lebih dari jumlah yang mereka ( GengCuster ) ni ada. Colonel Custer ni tak rasa takut langsung dengan report tu, pada dia, puak Indian yang patut takut dengan geng dia sebab dia ada pasukan berkuda yang lengkap bersenjata. Walhal Custer ni tak tau yang dia dan geng askar kulit putih dia bakal menyerang pakatan puak native indian paling besar pernah disatukan dalam sejarah Amareka dibawah pimpinan Sitting Bull.

Custer bahagikan askar dia kepada 3 batilion. Batilion pertama dibawah seliaan Captain Frederick Benteen, diarah ke selatan bagi menutup segala possibility jalan keluar bagi puak indian kalau kalau derang nak lari masa ambush nanti. Batilon kedua dibawah seliaan Major Marcus Reno, kena rentas satu lembah dan buat serangan dari arah timur. Custer pulak dengan kekuatan sojar yang tinggal seramai 225 orang bergerak menuju ke sebuah lembah. Lembah tu puak native Indian bagi nama “The Greasy Grass” …….. mana kala orang putih amareka panggil tempat tu “The Little Bighorn” ……..



Disebelah Sitting Bull pulak, diorang ni memang awal awal dah prepare bermalam secara senyap senyap disekeliling kawasan lembah Little Bighorn dengan jumlah kekuatan tentera seramai 1500 hingga 2000 orang. Tak dapat dinyatakan sampai hari ni jumlah sebenar kekuatan tentera native indian waktu tu. Ada saksi mata yang menceritakan jumlah puak indian jauh lebih dari 2500 orang bilamana pasukan berkuda indian datang dari segenap arah tak putus putus masuk kekawasan peperangan.

Disebelah Major Marcus Reno, pasukan dia dah start hadap masalah bila batilion dia kena serang hendap secara tiba tiba dari segala sudut dan arah. Dia nampak kumpulan dari puak native sangat aggressive menyerang bertubi tubi memaksa ramai dari ahli batilion bertempiaran lari masuk kehutan menyelamatkan diri dan ada yang lari pegi ke belah Captain Frederick Benteen, dan dalam hiruk pikuk kena serang tu ramai yang mati dan tak sorang pun dari batilion tu sempat nak hantar berita dan warning kepada Colonel Custer.

Disebelah Frederick Benteen pun sama jugak kena ambush tiba tiba dengan puak native indian dimasa diorang tak bersedia apa apa. Batilion bawah Frederick Benteen ni diarah untuk berbaris dan buat formasi serangan tapi tak sempat pun nak bua tapa apa. Semua lari bertempiaran menunjukan betapa pengecutnya askar US.


4 Batu dari situ menyusuri sungai, Colonel George Armstrong Custer dah prepare  nak serang. Dia pikir dia boleh repeat / ulang balik kejayaan dia macam dulu dulu yang mana dia pernah bunoh ramai puak native indian dekat satu tempat bernama “Wishita Rriver” pada tahun 1868. Masa tu dia bawak askar ramai ramai masuk ke sebuah kampung yang ada native indian dan bunoh semua yang ada depan mata termasuk orang pompuan dan budak budak kecik masa tu. Kalau nak tau, tindakan dia dulu tu masuk berita surat kabar headline dan dinobatkan sebagai “HERO” oleh bangsa kulit putih. Perkara tersebut jugak lah yang membuatkan bangsa native indian sangat benci dan berdendam dengan Colonel George Armstrong Custer ni.

Bilamana Custer sampai di Little Bighorn, dia mula sedau yang dia out of number. Dia nampak banyak tapak tapak khemah geng native kat situ. Tapi dia tak perasan langsong dengan puak indian yang ramai gila tengah menyorok menanti masa nak ambush. Bila dia sedau yg dia tak cukup orang, dia segera tulis surat dan arahan dansuruh sekor rider dia pegi segera ke batilion Captain Frederick Benteen untuk datang tolong tambah man power. “Come quick, Big Village, Bring Pack” Gitu la antara isi kandungan simple surat tersebut.



The Last Stand Custer

By noon ( tengah hari laaa ) Colonel George Armstrong Custer sampai ke Little Bighorn. He has no idea, no fucking idea at all... langsung tak tau berapa ramai sebenarnya native indian yang ada sedang kepung dia masa tu siap sedia untuk ambush. Dengan tiba tiba je keluar puak indian dari segenap sudut dan arah melepaskan tembakan berdas das bertubi tubi berbakol bakol kepada batilion Custer yang ada betul betul kat tengah lembah. Custer bukan lagi penyerang seperti mana yang dia bayangkan masa datang kesitu, dia sekarang dah jadi mangsa serangan dari puak native yang dahagakan darah orang kulit putih dek karena dendam yang terlalu banyak dikumpol dari pelbagai kejadian dan isu. Hari ini lah hari penentuan nyawa musti dibayar balek dengan nyawa setiap puak native indian yang pernah dibunuh secara kejam oleh orang kulit putih. Custer langsung tadak peluang nak mempertahankan diri. Batilion dia diserang ditembak dari segala sudut.

Sejarahwan/ Historian menggambarkan suasana hari kejadian dalam banyak bentuk. Kajian dan ekskavasi dilakukan pada taun 1983 ditapak perang tersebut yang mana derang nyatakan tadak satu pun pistol dan senapang dari pihak batilion Custer sempat tembak. Semua peluru masih berada dalam kelonsong menunjukan diorang ni langsung tak sembat untuk menembak bila mana beribu ribu puak native keluar secara mendadak dan serang derang. No time to shoot!!!. Manakala dari pihak indian, mereka terus menerus menyerang tanpa mengira belas ehsan dari pihak Custer. Dr. Richard Fox sorang ahli sejarah menggambarkan “The time it takes a hungry man to eat his dinner”

Habih mati semua tentera dari batilion seliaan Custer. Ada pun yang sempat lari dari tapak perang tu, lari dengan luka tembakan yang sangat teruk dan kebanyakan dari derang ni tak sempat pun sampai ke kem masing masing. Bermakna kata mati tengah jalan.



Inilah yang dikatakan harini oleh ahli sejarah tapak tersebut sebagai “The Last Stand Custer”. Sekaligus terpahat dalam sejarah menjadi kekalahan paling besar dan memalukan bagi askar kulit putih US. Untok pengetahuan korang, tapak the last stand custer ni telah di pagarkan dan menjadi kawasan “No-Go” area kepada semua ahli arkeologi dan ahli sejarah sehinggalah pada tahun 1983, kebenaran mengkaji dan menggali semula kesan sejarah peperangan tersebut diberikan kepada seorang ahli sejarah, Dr. Richard Fox dari University Of South Dakota. Banyak kesan kesan peninggalan sejarah yang dia jumpa dari aktiviti ekskavasi dia dan team dia kat kawasan tu. Dia ambik masa bertahun tahun mengkaji kesan tengkorak dan senjata yang tinggal dikawasan tu. Dari situ jugaklah Dr. Richard Fox ni jumpa bukti bahawa pihak askar US langsung TAK SEMPAT nak lepaskan satu tembakan pun berdasarkan dari kesan picu pada pistol pistol yang derang jumpa. Menggambarkan betapa segera dan tiba tiba-nya serangan dilakukan keatas batilion Colonel George Armstrong Custer.

Macam biasalah…. Kejayaan besar gabungan seluruh puak indian amareka dalam peperangan ni menjurus kepada kekalahan besar jugak bagi diorang. Dah tentu la berita kemenangan besar puak indian ni sampai kepada pihak tertinggi dalam pemerintahan kulit putih US waktu ni. Selepas kematian Colonel George Armstrong Custer, tak lama lepas tu pihak orang putih amareka dah hantar askar yang jauh lebih besar dengan senjata yang jauh lebih modern termasuklah penggunaan “Gatling Gun” yang mana hari ni kita panggil Machine Gun. Boleh tembak ramai orang sekaligus.  Dan bermula dari hari tu puak Sioux dan seangkatan dengan mereka dihalau beramai ramai dari kampung halaman jauh ke selatan dan mereka tidak akan boleh balik lagi ke kampung halaman derang. NEVER……

Begitulah serba sedikit yang pak cik boleh ceritakan tentang sejarah seorang leader hebat yang dapat menaikkan semangat peperangan untuk puak beliau, Sitting Bull. Begitu juga kisah kekejaman kulit putih US dalam menjarah, merampas dan membunoh masyarakat asli di Amareka selama beratus ratus tahun. Apa yang boleh kita belajar dari sini, berbuatlah baik sesama umat manusia. Buat baek dibalas baek, buat jahat maka jahat juge lah yang akan kita dapat. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

            -Otto Von Bismark -                                                                                                                                  

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yezaaa.. Hari ni ong la.. pakcik Otto dan dam buat coming back...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 09:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 09:21 PM | Show all posts
Akhirnya siaplah sudah artikel paling panjang yang pernah pakcik tulih dalam bod sejarah nih. Selamat membaca semua. ada yang komen artikel yang lepas lepas tu pendek nau katanya. jadi kali ni pakcik kasik korang aetikel panjang. pakcik sendiri pun amek masa berhari hari nak ngabihkan menulis. enjoyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 09:53 PM | Show all posts
red indian dengan dayak tanah nusantara ada kena mengena ke otto? sebab design mereka hampir sama?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 09:14 PM
cepat sangat ko reply.... pakcik tengah edit lagi ni.... hahaha artikel kali ni panjang siket. :la ...

Hahahaa.. Kena reply dulu baru baca.. Pakcik otto sihat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2019 10:01 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 01:57 PM
Hahahaa.. Kena reply dulu baru baca.. Pakcik otto sihat?

ape tak sehatnye, pakcik ok je ni haaa. tengah berpeluh baca balik sebab banyak perkataan bersambung sambung. Pakcik tulih dalam word dulu pastu baru paste kedalam forum ni. laen pulak yang jadi. mujor ko tak baca lagi. tunggang langgang sebenaunya perkataan. haduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:01 PM
ape tak sehatnye, pakcik ok je ni haaa. tengah berpeluh baca balik sebab banyak perkataan bersambu ...

Hahaha.. Sat g tgh mlm baru boleh baca..skrg otak kena cramp jap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2019 10:04 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 02:02 PM
Hahaha.. Sat g tgh mlm baru boleh baca..skrg otak kena cramp jap..

baguih laaa.... ceghita pon panjang berjela. payah nak hadam baq hang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:04 PM
baguih laaa.... ceghita pon panjang berjela. payah nak hadam baq hang

Hahaha.. Kena ada kopi o secawan dan cream creaker utk cicah kopi sambil layan baca thread Pakcik Otto yg da boom.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:14 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-10-2019 01:53 PM
red indian dengan dayak tanah nusantara ada kena mengena ke otto? sebab design mereka hampir sama?

hahaha... ituuu... pakcik tak tau. kena ada kajian yang mendalam tu. sebab benua amareka tu pun terletak jauuuhhhh dari alam nusantara kita ni kan ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:14 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 02:05 PM
Hahaha.. Kena ada kopi o secawan dan cream creaker utk cicah kopi sambil layan baca thread Pakcik  ...

kat sini ujan. dan pakcik memang sedang enjoy moment ni dengan seteko kopi. secawan tak cukop lah sarah. hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:14 PM
kat sini ujan. dan pakcik memang sedang enjoy moment ni dengan seteko kopi. secawan tak cukop lah  ...

Seteko kopi kampung fuhh.. Wangi semerbak.. Kena pulak hujan.. Bau tanah.. Heaven.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:19 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 02:18 PM
Seteko kopi kampung fuhh.. Wangi semerbak.. Kena pulak hujan.. Bau tanah.. Heaven.

chap gantang baq hang. sedapppp

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:19 PM
chap gantang baq hang. sedapppp

Hahaha.. Mmg sedappp.. Esk kena beli stok cap gantang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:25 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 02:22 PM
Hahaha.. Mmg sedappp.. Esk kena beli stok cap gantang..

by the weyyy, pakcik buleh buat kopi sendiri tau. diwarisi dari nenek pakcik dedulu. malangnya hari ni takde dah pokok kopi kat laman umah di kampung nun. kalau ada pon tak dapat nak buat banyak banyak. kopi buat sendiri lagi sedap. orang utara panggil makan kopi. kan ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:25 PM
by the weyyy, pakcik buleh buat kopi sendiri tau. diwarisi dari nenek pakcik dedulu. malangnya har ...

Hahaha.. Betul.. Minum tu makan bagi utara.. Pakai mentega + gula ka pakcik? Susah oo nak buat bagi sy.. Renyah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:33 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 02:28 PM
Hahaha.. Betul.. Minum tu makan bagi utara.. Pakai mentega + gula ka pakcik? Susah oo nak buat bag ...

dah aih... senang ja sebenaqnya sarah ooii.... haah pakai mentega dengan gula. kalu nak lemak lemak sikit boh susu pekat. hahaha masa goreng tu sat gi dia jadi likat cayaq supa dodoi tu, masa tu buleh ambik dah sikit boh ataih daun kopi tunggu sejuk makan. rasa dia supa cekelat kopiko tu. kekeke

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 3-10-2019 10:33 PM
dah aih... senang ja sebenaqnya sarah ooii.... haah pakai mentega dengan gula. kalu nak lemak lema ...

Hahaha.. Ok.. Nanti nak pi belah megat dewa.. Sana depa selalu buat kopi sendiri.. Beli kopi mentah dan try masak ikut resepi pakcik otto.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 11:00 PM | Show all posts
Menariknyaaa...
Selama ni hanya tahu kaum red indian je..yang penduduk asal Amerika ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081910 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list