 Kredit Foto - projekmm.com
Baru-baru ini, sejumlah penghantar Foodpanda di beberapa negeri melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat menukar skim fi perkhidmatan yang didakwa mengurangkan pendapatan mereka.
Ini menyebabkan terdapat perbezaan sebanyak RM1200 antara gaji baharu dengan gaji lama disebabkan skim baharu tersebut.
 Kredit foto: Mohamad Iftitah
Dalam skim baharu yang berkuatkuasa Selasa (1 Oktober 2019) bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.
Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.
 Kredit foto: Twitter YB Syed Saddiq
Ekoran kemelut isu gaji itu, Syed Saddiq telah mengadakan dialog dengan pekerja Foodpanda berkenaan nasib yang kini dihadapi mereka dan membawa isu itu ke mesyuarat mingguan kabinet.
Kredit Foto - Twitter YB Syed Saddiq
Rata-rata netizen memuji tindakan YB Syed Saddiq mengambil berat isu pekerja Foodpanda ini.
Kredit Foto - Twitter YB Syed Saddiq
Pada mesyuarat mingguan tersebut, kabinet memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji lebih mendalam mengenai perkara itu.
Kerajaan percaya pada persaingan pasaran bebas tetapi ia tidak boleh mengorbankan nasib pekerja dan menggesa Foodpanda kembalikan semula skim pembayaran lama.
Dalam pada itu, pengurusan foodpanda memberi komitmen untuk menilai semula keputusan syarikat itu jika ia mendatangkan kesan buruk kepada pekerjanya dan meminta para pekerja mencuba dulu skim baharu tersebut.
Semoga ada pengakhiran yang baik untuk pekerja Foodpanda. - CARI |