CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 6

Antara Snek dan Makanan Sihat, Ambil Snek Secara Berhemah Adalah Yang Terbaik

[Copy link]
Post time 25-9-2019 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Mondelēz International (Malaysia) menganjurkan satu sesi interaktif dan infomatif yang fokus pada kepentingan snek secara berhemah. Objektif sesi ini adalah untuk memperkasa para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.

Sesi perbincangan bersama panel telah diadakan, dikenali, SMRter Snacker ini menyaksikan para peserta terlibat dalam aktiviti memberi inspirasi untuk mengamalkan tabiat snek secara berhemah.







Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu Snacking Made Right— dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kelestarian bersnek yang berhemah.


Sesi SMRter Snacker ini diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelēz AMEA, Pei Gee Chew, serta barisan panel yang hebat untuk topik snek secara berhemah ini seperti Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan seorang selebriti jemputan dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan. Sesi perbincangan ini juga di dikelolai oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi, Sheahnee Iman Lee.


Sesi ini juga mengupas persoalan kenapa setiap individu suka makan snek, peranan snek terhadap mereka yang peka terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri, apa yang mempengaruhi pemikiran para pengguna terhadap makan snek, faedah dan tip-tip bagi makan snek secara berhemah.


Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Lazimnya, kekerapan memakan snek ini berpunca daripada kesibukan masa yang padat. Antara faktor yang menyumbang terhadap isu ini adalah gaya hidup aktif para pengguna. Pada tahun 2018, jumlah jualan produk snek (makanan ringan) di Malaysia adalah lebih kurang RM1.28 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat.


Sikap menikmati snek ini dikatakan metamorfosis – atau lebih lazim disebut sebagai ‘guilty pleasure’. Snek seringkali menjadi pilihan yang ideal bagi kebanyakan pengguna on-the-go pada masa kini.







Kini, para pengguna lebih peka dan bijak terhadap pilihan yang terdapat dalam pasaran. Walaupun banyak aktiviti kesejahteraan kesihatan yang giat dijalankan, permintaan makanan ringan yang tinggi di pasaran menunjukkan ianya mampu memberi elemen kesihatan dan keseronokan. Misalnya, pelbagai jenis ais-krim versi protein tinggi, rendah lemak dan juga, biskut versi lebih nipis kian mendapat sambutan.


Pengurus Nutrisi Strategik dan Komunikasi Mondelez International, Pei Gee Chew mengulas, “Kami sentiasa memberi fokus kepada penghasilan produk yang berinovasi bagi memenuhi keperluan para pengguna kami. Bukan itu sahaja, unit kawalan diperkenalkan bagi mengawal prestasi snek yang terbaik, kerana ia mengandungi nutrisi penting bagi diet yang seimbang.”


James Kane, Pengarah Urusan Mondelēz (Malaysia) pula menjelaskan, “Para pengguna tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat. Kami mahu mempengaruhi para pengguna untuk menikmati snek secara yang betul melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan.”


“Kami menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan ringan kepada pengguna agar mereka dapat pilih makanan mengikut citarasa tersendiri. Selain itu, kami juga memperluaskan portfolio makanan ringan berkhasiat serta profil nutrisi dan ramuan produk jualan terbesar kami. Selain menawarkan snek yang hebat, kami juga berusaha untuk menawarkan nutrisi yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan diketahui oleh para pengguna kami. Snacking Made Right dibina atas janji kami untuk menawarkan para pengguna makanan ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul”, ujarnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
promote produk je ni.. snacking dengan fruits dan nuts je la terbaik..biskut semua tu penuh dgn gula garam atrificial colour pengawet etc..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Snacking buah potong/roti peanut butter lg kenyang..sekut2 ni memang tak cukup sekeping dua
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Utuhla....belvita tu sihat celah mne....gule bersepah....vavi la puak2 ni.....gune nama kesihatan pdahal xsihat pun......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam milo la ni...minuman sihat kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:54 AM | Show all posts
semua nk promote brg je ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 1.314426 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list