Walaupun dah berpisah berpuluh tahun, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tetap memberikan nafkah kepada bekas isterinya yang dikenali sebagai Norhayati Ayob.
Segala keperluan dan kebajikan Yati memang dijaga dan dipelihara.
Foto: Google
Bagaimanapun ada cerita kurang enak pula bila Chef Wan membebel panjang di Instagramnya.
Difahamkan dia terpaksa menanggung bil perubatan Yati yang berjumlah ribuan ringgit.
Anak-anak Chef Wan dan bekas isterinya, Norhayati. Kredit: Hotlips Corner
"Morning! Pagi2 dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis.
"Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak2.
"Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja mcm Janda Kaya!
"Duda bulan2 pulak yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas2," tulisnya di Instagram.
Marah benar tu gayanya. Baca lanjut:
Di ruangan komen ramai pula pengikut yang memahami situasi yang dihadapi Chef Wan.
Kata mereka memang patut Chef Wan marah. Nasihat berkali-kali tak mahu dengar diri sendiri yang sakit, menyusahkan orang lain pula tu.
Aduhai, susah juga. Rasa-rasanya kalau anda jadi Chef Wan nak buat apa ya? -CARI
|