View: 8329|Reply: 76
|
Jiran rumah sebelah penuh dengan pelbagai barang terbuang
[Copy link]
|
|
'Tak sanggup kita berjiran'
SEREMBAN: Kediaman dihuni mereka tidak ubah seperti pusat kitar semula dengan pelbagai barang terbuang memenuhi setiap ruang hingga ada yang melimpah keluar ke pekarangan rumah.
Pemandangan menyakitkan mata kediaman di Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia di sini, juga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan jiran.
Difahamkan, rumah berkenaan didiami suami isteri bekerja sebagai pengutip barangan terbuang.
Sejak setahun lalu jumlah barangan dikumpul semakin bertambah hingga menyebabkan ada yang diletakkan di atas bumbung sekali gus menimbulkan rasa pelik dalam kalangan orang luar melalui kawasan itu.
Tinjauan Harian Metro mendapati barang terpakai seperti tong plastik, tilam buruk, besi dan kotak memenuhi segenap ruang rumah berkenaan.
Ketika tinjauan dilakukan, lelaki menghuni kediaman itu dipercayai keluar mencari barang terpakai.
Malah jiran menasihatkan wartawan agar tidak mengganggu lelaki berkenaan berikutan dia didakwa sebagai panas baran dan tidak mempedulikan nasihat mereka sebelum ini.
Penduduk taman itu, Nordin Hasan, 71, berkata, dia dan isterinya Azmah Laili, 67, antara paling terjejas berikutan tinggal bersebelahan dengan kediaman pasangan terbabit.
Nordin mendakwa sudah beberapa kali menegur lelaki berkenaan, malah jirannya itu juga tidak mempedulikan nasihatnya selain memarahi mana-mana pihak mahu menghalang aktivitinya.
“Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa memandangkan kami hidup dalam satu komuniti, jadi kena melalui semua ini setiap hari.
“Jumlah barangan dikumpul memang banyak, saya risau kalau berlaku kebakaran lelaki berkenaan dan isterinya yang bekerja sebagai tukang jahit akan terperangkap dalam kediaman mereka,” katanya ketika ditemui.
Seorang lagi jiran yang mahu dikenali sebagai Tan, 30-an, mendakwa sudah beberapa kali barangan diletakkan lelaki terbabit diatas bumbung jatuh ke dalam kawasan rumahnya.
“Bila ditegur dia marah. Dengan jumlah barang terpakai yang banyak macam ini pasti mengundang haiwan dan serangga seperti ular, tikus dan lipas.
“Sebagai jiran saya kesal dengan perbuatan lelaki terbabit, tetapi dia tidak boleh ditegur,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Nor Mursyidah Chik berkata, pihaknya sudah melakukan siasatan dan mengadakan lawatan ke rumah terbabit pada 12 September lalu.
“Benar kediaman itu dipenuhi barang kitar semula hingga melimpah ke jalan. Sehubungan itu, tindakan serta-merta diambil Jabatan Pelesenan Pembersihan MPS.
“Lelaki itu dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen (kitar semula) mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred 1996,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis hoader la ni..menyusahkan jiran tetangga je..hishhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 Hal la jiran cmnie.. mlm nie nak g jenguk la umah jiran kat dusun Setia nie |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 Hal la jiran cmnie.. mlm nie nak g jenguk la umah jiran kat dusun Setia nie |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan hoarder, tp meniaga barang lusuh..mmg banyak jiran bangang camnih..nak meniaga kat rumah sampai menyusahkan jiran2
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenape rumah die kecik. Jaa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau meniaga..mesti lah dah jualkan brg2 yg dia kutip tu...asal masih lagi dekat rumahnya? ni penyimpan...bkn penjual.
kalau mcm ni..baik beli tanah..buat simpan situ barang2 yg dikutip dr jdkan rumah d taman pusat pengumpulan brg2.. |
|
|
|
|
|
|
|
teruk nye perangai..dah sampai menyusahkan
jiran2 ..dgn sikap baran lg tak bole ditegur.kalau
apa2 jadi dah semua jiran terbabit pl.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa pairoparia ke cne ni erk? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah rasa youollss. Hazab sungguh dgn baunya lg. jiran aku ni jenis yg korek tong sampah subuh2 tu. Sia bawak balik sangkut kat pagar rumah dia. Bau sampah tu Allah je yg tau busuknya. Aku bg tau masaalah dgn persatuan penduduk, dorang dtg bg nasihat. Terus tak tegur aku. Nasib dah pindah. Aman hidup aku. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak bakar jer sampah2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia terpana dengan quotes “one man trash is another man's treasure”.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian umah sebelah.. bau busuk, lipan bagai mesti rayap umah sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
Sakitnya hati tgk...aku dulu bjiran kongsi pagar...dianjemur kain buruk je pun pagar BELAKANG tu pun dh puas istigfar..klu kn macam ni xtau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dia takde rumah suruhlah lori sampah angkut |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah die corner lot, tak tau la bnyk mane beliau bwk balik |
|
|
|
|
|
|
|
meniaga brg2 terpakai ker
berapa sen sangat jual brg2 camni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|