Rafizi melancarkan portal adnexio.jobs bagi mewujudkan pasaran pekerjaan yang lebih baik di Malaysia. Kredit foto: Facebook
Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Beliau dilihat lebih gemar mendiamkan diri lebih-lebih lagi setelah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR pada 2018 di tangan Datuk Seri Azmin Ali.
Sikap Rafizi itu mencetuskan pelbagai spekulasi kerana sebelum PH berkuasa, beliau dikenali sebagai seorang tokoh politik pembangkang yang lantang memperjuangkan isu-isu seperti penurunan harga minyak, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cincin Datin Seri Rosmah Mansor.
Akhirnya persoalan itu terjawab apabila Rafizi mengumumkan tentang projek terbaharunya iaitu portal pencarian pekerjaan, adnexio.jobs melalui status dalam laman Facebook miliknya pada 17 September.
Kredit foto: adnexio.jobs
Seperti yang dijelaskan oleh Rafizi, beliau meluangkan banyak masa bersama saintis data, jurutera dan pembangun program bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkaitan mengiklan dan mencari pekerjaan.
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan hari ini bahawa portal pemadanan pekerjaan AI (kecerdasan buatan) yang telah kami usahakan sejak Ogos 2018 kini beroperasi.
"Ia mungkin pasaran pekerjaan yang pertama di dunia yang menyediakan temuduga dalam talian dengan komputer bagi membantu majikan menapis calon-calon secara lebih berkesan," jelasnya.
Kredit foto: adnexio.jobs
Kredit foto: adnexio.jobs
Majikan boleh mengiklankan kekosongan jawatan di organisasi masing-masing sebanyak yang mungkin secara percuma.
Rafizi percaya portal tersebut mampu merevolusikan pasaran pekerjaan tanpa menunggu kerajaan, ahli politik atau syarikat-syarikat besar untuk membuat perubahan.
Elok juga kalau Rafizi dapat memberi komen bernas tentang dasar-dasar ekonomi kerajaan PH yang dikatakan tidak merangsang penawaran peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. - CARI |