Selepas gambar muka depan album terbarunya 'Rouge' terpapar di dalam iklan Apple Music, Yuna kini telah melebarkan sayapnya dalam bidang modelling dengan bernaung di bawah agensi pemodelan terkemuka dunia, Wilhelmina Models.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi Instagram peribadinya.
“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!.
“Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya!" tulis Yuna di mana dia jelas teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.
Sebaik membuat pengumuman itu, penyanyi Dan Sebenarnya berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada ramai rakan artis baik tempatan mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali, penyanyi dari Indonesia, Anggun.
Menerusi pencalonan ini, Yuna menyeru kepada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan calon dari Malaysia merangkul pengiktirafan itu.
Kredit Foto - Instagram Yuna
E! People’s Choice Awards 2019 akan berlangsung pada 11 November depan di Barker Hangar, California, AS dan sudah pasti acara yang paling dinanti-nantikan ini bakal mendapat liputan luas serata dunia serta kunjungan selebriti ternama.
Semoga Yuna berjaya merangkul kemenangan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman 2019. Selamat Maju Jaya Yuna! - CARI
|