View: 1413|Reply: 8
|
[Dunia]
Tak Dapat Beli Tuala Wanita, Ibu Sanggup Bunuh Anak Sendiri
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MAMS at 17-9-2019 02:35 PM
Kecewa dengan suami yang enggan memberi wang untuk membeli tuala wanita, antara punca seorang ibu tergamak menyembelih dua anak kembarnya yang berusia 5 tahun.
Bukan itu sahaja, selepas membunuh dua anaknya itu, Dewi Regina Ano cuba membunuh diri sendiri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan parang.
Memetik laporan Kompas, wanita berkenaan ditemui tidak sedarkan diri bersama dua mayat anaknya Angga Masus dan Angkri Masus di sebuah bilik pekerja hotel di Oesapa Barat, 5 September lalu.
Kredit foto: Tribunnews
Difahamkan, pada mulanya pihak polis menyangka mereka bertiga diserang namun selepas dirawat di hospital Dewi mengaku dia yang bertanggungjawab dalam hal itu.
Katanya, dia membunuh anak kerana mahu membalas dendam dengan suami yang sering mengabaikan mereka.
“Wanita ini mengaku suaminya tidak pernah memenuhi kehendaknya sebagai isteri dan kurang memberi perhatian kepadanya serta anak-anaknya.
“Suspek bertambah kecewa kerana suaminya langsung tidak mahu memberi wang termasuk membelikan tuala wanita untuknya pada setiap bulan,” kata jurucakap polis.
Foto: Tribunnews
Motif pembunuhan adalah berpunca daripada dendam si isteri yang sangat mendalam sehingga sanggup membunuh anak sendiri, kata sumber itu lagi.
Dewi juga kini mengaku bersalah dan menangis tanpa henti ketika disoal siasat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..makan dalam ni namanya..dok pendam2 akhirnya meletop |
|
|
|
|
|
|
|
Dah terlalu tertekan sampai dah tak boleh fikir mana baik buruknya lagi tak hairan kalau macam tu jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Biar laki dia dapat balasan setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
ko kelar lar suami ko sial...yg ko kelar anak tak berdosa tu dah kena |
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 17-9-2019 06:57 PM
ko kelar lar suami ko sial...yg ko kelar anak tak berdosa tu dah kena
Nak kelar laki bengong tuu tak dpt... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah terlalu lama simpan dalam jadi begini la...
asal luka skit je, tp dah lama tahap menanah jadi gangren
Kena plak tak dirawat...
Yang jadi mangsa anak2 huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|