Susulan kes beberapa pengguna Twitter didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, polis menerima beberapa laporan dan dua tangkapan dibuat ke atas seorang pemimpin parti politik semalam.
Dilaporkan Berita Harian, seorang suspek ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Polis juga membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun, penahanan itu menimbulkan kemurkaan Tunku Azizah. Baginda yang mengaktifkan kembali akaun Twitternya berkata "Hari ini saya sangat murka bila polis tahan orang ini. Selama ini, saya dan suami tidak pernah membuat sebarang laporan polis jika ada orang mengata buruk tentang kami...ini negara bebas."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/14/091449buypqmvm77wp9o2v.jpg) "Ini Negara Bebas"- RPA Murka Polis Tahan Individu Didakwa Hinanya
Tunku Azizah sebelum ini sudah menjelaskan yang baginda menutup akaun Twitternya bukan kerana beberapa individu tersebut. Malah, baginda tidak pernah mengetahui atau membaca tohmahan tersebut. Ia ditutup kerana alasan peribadi. Baginda juga meminta supaya rakyat jelata tidak membuat laporan polis.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/14/091046yporm9s35irtrm7y.png) "Ini Negara Bebas"- RPA Murka Polis Tahan Individu Didakwa Hinanya
Sebenarnya, Tunku Azizah bukanlah asing di Twitter. Malah, sebelum ini baginda pernah menutup beberapa kali akaunnya. Mungkin ambil masa untuk lari daripada media sos*ial. Akhir sekali, baginda memuat naik sebuah meme lucu mengaitkan kisah itu dengan jeling anaknya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/14/091728wz26zihy5hymzi5b.jpg) "Ini Negara Bebas"- RPA Murka Polis Tahan Individu Didakwa Hinanya
Begitulah, Tunku Azizah dan Agong pun faham dalam dunia tak semua orang suka. Asalkan tak melampau batas, inilah sikap terpuji keluarga diraja Pahang yang menjadi tumpuan negara ini.
Terima kasih dan syabas Tunku! - CARI
|