Bukan mudah menjadi anak selebriti, terpaksa berhadapan dengan populariti serta kesibukan ayah dan ibu masing-masing.
Mungkin itulah yang dialami oleh anak aktor, Dato' Aaron Aziz apabila bertanyakan berapa sejam gaji ayahnya.
Ig
Dahlia Arissa, 9 yang juga anak bongsunya bertanyakan soalan tersebut kepada ibunya, Datin Diyana Halik. Selepas Diyana menjawabnya, Dahlia menyatakan bayaran yang diterima Aaron terlalu mahal!
Ia menyebabkan Dahlia berasa sedih kerana dia cuma mahu meluangkan masa sejam hingga 2 jam sahaja, tetapi kecewa kerana tidak mampu membayarnya.
Ia membuatkan Aaron turut sedih lalu terus pulang ke rumah untuk membawa Dahlia keluar.
Dengan pelbagai tanda pagar, Aaron ternyata mengesali dengan kejadian tersebut tetapi tetap akan meluangkan masa kerana anak-anak adalah amanah.
Ia turut mendapat perhatian warganet yang terasa sayu dengan perkongsian tersebut. Sesungguhnya, masa itu sangat berharga apatah lagi untuk anak sekecil Dahlia.
Ig
Selain Dahlia, Aaron turut dikurniakan Danish Anaqi,15 dan Dwi Ariana, 13.
Kisah ini adalah kisah biasa tentang kasih sayang anak kepada ibu bapanya. Namun ia akan menjadi luar biasa jika kekosongan tersebut tidak diisi sebaiknya oleh ibu bapa. Jadi, Aaron Aziz cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Semoga institusi keluarga kita jua begitu ya. - CARI
|