Semakin banyak cubaan membawa masuk bahan mentah seperti daging dan sayur dari negara luar tanpa sijil kesihatan dan permit import dapat dipatahkan.
Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan malaysia (MAQIS) dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan membawa masuk daging itik panggang dari China di pintu masuk KLIA semalam.
Kredit foto: Harian Metro
“Pegawai MAQIS mendapati seorang warga China membawa sebanyak 10 kilogram daging itik panggang yang diletakkan di dalam sebuah kotak.
"Daging itik tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri. Daging itik bernilai RM1,000 tersebut dirampas dan akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Perbuatan mengimport apa apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Jabatan MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), Akta yang sama.
Gamabr hiasan. Kredit foto: straitstimes
“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali,” kata satu kenyataan daripada pihak MAQIS.
Syabas diucapkan kepada pihak terlibat! - CARI |