Ed Sheeran baru-baru ini berdepan dengan tuduhan menciplak lagu artis lain yang menyebabkan royalti untuk salah sebuah lagu popularnya ditahan.
Ed Sheeran, mula dikenali dengan lagu bergenre pop, folk pop dan hip hop seperti Thinking Out Loud, Perfect dan Shape of You.
Kredit foto: Google
Lagu Shape of You merupakan single paling laris pada 2017 di UK telah menjana keuntungan sekitar 20 juta Euro itu kemudiannya ditahan pembayaran royaltinya kepada Ed Sheeran sehingga kes ini diselesaikan.
Ahli muzik, Sam Chokri mendakwa bahagian korus lagu Shape of You (2017) diambil daripada lagu beliau iaitu Oh Why (2015). Chokri juga mendakwa Ed Sheeran telah menggunakan beberapa bahan daripada beberapa artis lain seperti TLC, Jasmine Rae dan Shaggy untuk menghasilkan lagu tersebut.
Kredit foto: Google - Sam Chokri
Ed Sheeran yang baru-baru ini melancarkan album keempat : No 6 Collaboration Project menyelar tindakan Chokri yang telah merosakkan reputasi beliau dan menyekat pendapatannya serta menafikan dakwaan tersebut.
Tambahan pula, dakwaan Chokri dibuat selepas Wiley @The Godfather of Grime mengumumkan nilai Ed Sheeran adalah sebanyak 160 juta Euro.
Macam tak percaya. Takkanlah figura yang dilabel sebagai salah seorang genius dalam dunia muzik global ini ciplak lagu orang lain kan? - CARI |