Saifuddin Nasution Ismail (gambar kecil) mendakwa sebahagian ketayap yang dibeli oleh orang Melayu di Mekah diimport dari China. Kredit foto: Carian Google dan Facebook
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seolah-olah memperlekehkan kempen mengutamakan produk Muslim apabila menyatakan bahawa ketayap yang dibeli oleh orang Melayu di Mekah pun berasal dari China.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan oleh Malaysia Gazette pada 5 September.
"Hari ini, satu dunia mendatangi Mekah, tak kira musim. Musim haji lebih-lebih lagi dan Mekah berkembang dengan commerce and trade. Semua barang dari seluruh dunia ada di situ.
"Siapa paling banyak beli barang masa itu, kalau musim haji? Orang Melayu kitalah paling banyak sekali. Bila pergi Mekah, jom pekena shopping.
"Sepelaung dari Masjidilharam adalah Mekah Tower, di bawah tu shopping complex. Beli ketayap, made in China. Beli hair dryer, made in Japan. Di Mekah, di Mekah," katanya.
Gerakan kempen beli produk Islam mencatatkan lebih sejuta pengikut di Facebook setakat ini. Kredit foto: Facebook/ Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia
Netizen pula mempersoalkan kenyataan Saifuddin itu dengan menyatakan bahawa ketayap dari China yang dijual di Mekah itu buatan usahawan Islam di negara berkenaan.
Kredit foto: Facebook
Mereka turut mempertikaikan mengapa Saifuddin hanya merujuk kepada orang Melayu sedangkan kempen tersebut merangkumi umat Islam secara meluas tanpa mengira bangsa mereka.
Kredit foto: Facebook
Susah juga bila jadi menteri, kalau tersilap cakap memang teruk kena kecam. - CARI |