Seorang wanita di Putrajaya yang terdesak untuk bertemu pelanggan kerana tudungnya dibasahi hujan telah mendapat idea kreatif untuk merekabentuk tudung ekspress menggunakan plastik.
Kredit foto: Twitter / Google
Wanita itu, yang hanya dikenali sebagai Fariza telah berkongsi gambarnya sedang memakai tudung plastik itu dengan rakan-rakannya di WhatsApps , dan salah seorang daripada mereka telah memuatnaik gambar tersebut di media social.
Menggunakan akaun @xthrhxo, rakannya berkata "Kenapa ya fesyen temanku ini pelik sedemikian rupa".
Kredit foto: Twitter
Tweet itu kemudiannya menjadi viral dengan lebih 19,500 ulang kicau dan 11,4000 likes.
Memberitahu wartawan Harian Metro, Fariza berkata ketika keluar rumah untuk berjumpa pelanggan di Puching, beliau ada membawa bersama tudung ganti tetapi menyedari tudung ganti itu tercicir ketika dalam perjalanan.
"Jadi saya rekabentuk plastik yang ada dalam kereta untuk menggantikan tudung basah, mujur pelanggan saya faham kerana ketika itu hujan lebat," tambahnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Fesyen baru itu nampaknya menarik hati ramai netizen dan Fariza dipuji atas usahanya untuk menutup aurat dalam keadaan terdesak.
Mungkinkah trend ini akan menjadi ikutan ramai? - CARI |