Seorang lelaki melakukan aksi tendangan terbang terhadap seorang mat rempit yang berdegil enggan beredar dari kawasan pantai.
Kredit foto: Facebook
Gelagat mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya bukan sahaja boleh membahayakan nyawa mereka malah, turut menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Walaupun geram dengan perangai mereka, ramai yang memilih untuk melihat sahaja aksi mat rempit dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Berbeza pula dengan orang ramai yang bersantai di kawasan pantai dipercayai terletak di Sabah, di mana mereka bertindak mengusir sekumpulan mat rempit yang menganggu ketenteraman di situ.
Seorang mat rempit (gambar kanan) berlari meninggalkan motosikalnya (gambar kanan) setelah ditumbangkan oleh seorang lelaki di pantai tersebut.
Kredit foto: Facebook
Semua mat rempit terbabit bukan saja menunggang motosikal di kawasan berpasir tempat orang ramai berkelah dan mandi-manda, malah membuat bising dengan memulas minyak sekuat-kuatnya.
Pada mulanya, beberapa pengunjung di pantai berkenaan menasihatkan agar remaja-remaja yang menganggotai kumpulan mat rempit itu beredar dari kawasan tersebut.
Orang ramai menasihatkan seorang mat rempit agar beredar dari kawasan pantai
Kredit foto: Facebook
Namun, mereka kelihatan masih berdegil sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang terganggu dengan aktiviti menyakitkan hati itu.
Mungkin kerana tidak dapat menahan sabar, seorang lelaki yang berang 'menghadiahkan flying kick' kepada seorang remaja yang masih duduk di atas motosikalnya.
Tendangan itu menyebabkan remaja berkenaan terjatuh dan motosikalnya rebah.
Adegan panas antara orang ramai dan mat rempit di pantai tersebut dirakamkan oleh salah seorang saksi kejadian dan video itu seterusnya tular di media sosial.
Sebahagian besar netizen yang menonton video berkenaan turut memberi reaksi bagi menggambarkan perasaan kurang senang mereka dengan sikap biadab mat rempit di lebuh raya dan di stesen-stesen minyak.
Kredit foto: Facebook
Gejala mat rempit nampaknya semakin menjadi-jadi, maka wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengekang kegiatan yang tidak sihat ini. - CARI |