Cinta itu buta. Maka ramailah yang bercinta tanpa mengira batas umur, status, pangkat atau agama. Walaupun berbeza usia bertahun-tahun jaraknya, tidak mengapa kerana cinta tak perlu mengenal usia. Usia hanya sekadar nombor, yang penting dua jiwa bersatu dan bahagia.
Kredit Foto - Instagram Yuni Rusmini
Oleh kerana jarak usia mereka berdua 56 tahun, gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan pelbagai ulasan-ulasan dari warganet.
Memetik laporan Grid, Nuraeni, 27 tahun mula jatuh cinta pandang pertama pada Sudirgo semasa Nuraeni bersama ibu bapanya datang berjumpa Sudirgo pada Julai 2019 lalu.
Sudirgo merupakan dukun terkenal di sebuah perkampungan di Desa Jatilaba, Daerah Tegal, Jawa Tengah dan menjadi tumpuan orang ramai untuk meminta khidmatnya. Ibu bapa Nuraeni memohon bantuan Surdirgo agar segala urusan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.
"Saat itu, kedua orang tua Nuraeni datang ke rumah saya. Minta doa ke saya supaya usaha mereka laku," ujar Sudirgo.
Namun siapa sangka, pertemuan kali pertama itu, terus menerbitkan bibit-bibit cinta dalam hati Nuraeni dan mereka berdua kerap berhubungan seterusnya membuat keputusan untuk menjadi suami isteri.
Pada peringkat awal perhubungan ini mendapat tentangan anak-anak Sudirgo kerana perbezaan usia 56 tahun. Mereka tidak bersetuju dan meminta agar Nuraeni mencari lelaki lain untuk dinikahi.
Kerana cinta yang begitu mendalam, Nuraeni tetap dengan keputusannya dan akhirnya anak-anak Sudirgo akur dan menerima Nuraeni sebagai ibu tiri mereka. Pasangan ini akhirnya selamat dinikahkan pada 18 Ogos lalu.
Usia lanjut bukan penghalang cari kebahagian kan. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru Nuraeni dan Sudirgo! - CARI
|