CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3984|Reply: 3

Sayangi Malaysiaku - Maksud Di Sebalik Jalur Gemilang Yang Perlu Anda Tahu

[Copy link]
Post time 30-8-2019 10:21 AM | Show all posts |Read mode



Selepas penyebaran gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik tular dalam media sosial, timbul pula dakwaan perbuatan itu merupakan sebahagian daripada usaha mencipta persepsi kononya wujud kempen untuk menghina bendera negara.




Kredit foto: Ihsan Pembaca Layar Facebook



Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador menyeru kepada semua pihak supaya jangan cepat melatah dan mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta sebenar memetik laporan Bernama.




Abdul Hamid berkata, perbuatan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang untuk memberi mesej-mesej yang tertentu.



“Saya tidak mahu beri amaran lagi kepada orang ramai (isu sensitiviti perkauman)...kami siasat, kami kenal pasti dan kami terus tangkap,” katanya lagi.



Benda Malaysia adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Seperti yang diketahui umum, bendera Malaysia sudah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi pada 1957. Ia digunakan sejurus selepas negara ini menyambut kemerdekaannya.



Sempena bulan kemerdekaan dan sejak tularnya isu bendera terbalik, TV Pertiwi menerusi akaun twitter mereka telah memuat naik infografik Jalur Gemilang untuk dikongsi netizen.







Infografik ini mudah difahami dan diharap dapat  memupuk kembali rasa hormat kita pada bendera Malaysia dan juga menyemarakkan rasa cinta pada negara.



Kredit foto: TV Pertiwi




Bendera Malaysia juga patut dikibarkan setiap masa bukan setakat ketika menyambut bulan kemerdekaan. Setiap rakyat yang sayangkan negara sudah pasti akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa segan silu. Sayangi Malaysiaku! Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
A good reminder
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 03:15 PM | Show all posts

TQ..maklumla sekarang ni ramai tak tau..siap pasang bendera terbalik...rukun negara pun tak ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 03:23 PM | Show all posts
Eloklah diperingatkan buat yang terlupa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049273 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list