Penyanyi tersohor tanahair, Dato' Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menafikan mengenai dakwaan segelintir netizen dia obses terhadap anaknya, Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia 17 bulan.
"Tidak ada istilah obses terhadap anak sebenarnya. Lagipun jika saya obses dengan Siti Aafiyah pun tidak mengapa kerana saya menunggu kehadirannya selama 11 tahun," katanya memetik laporan Harian Metro.
Menafikan dirinya bersikap begitu, Siti Nurhaliza bagaimanapun menjelaskan, perkongsiannya mengenai Siti Aafiyah Khalid, 1, merupakan kegiatan normal seorang wanita bergelar ibu.
Tujuan muat naik foto dan video Aafiyah di laman IG adalah kerana beliau tidak mahu ketinggalan mengabdikan saat-saat indah melihat anaknya membesar terutama sekali apabila beliau sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan kadangkala terpaksa ke luar negara.
Siti berkata, netizen yang mendakwa dia sangat obses dengan anaknya mungkin lebih bernasib baik dan dikurniakan rezeki memiliki ramai anak.
Siti Nurhaliza bertegas, dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.
"Lama saya tunggu Aafiyah, selama 11 tahun saya menanti saat untuk menjadi ibu. Beginilah, kalau tidak suka jangan tengok," jelasnya lagi.
Kredit Foto : Instagram Siti Nurhaliza - Aafiyah
Minat Siti terhadap aktiviti berbasikal juga menarik perhatian netizen di mana ada dalam kalangan mereka sanggup menyelidik harga tayar basikal digunakan termasuk jam tangan dipakai Siti.
Sabarlah Tokti. Jadi selebriti memang jadi tumpuan peminat samada dipuji atau dikeji. Asam garam kehidupan sebagai artis. - CARI