Drama "SweetDreams" baru sahaja habis tayangan, walaupun ada kritikan terhadap lakonan Mira Filzah atau pujian terhadap rupa Ben Amir yang membuatkan para gadis "pecah ovari", tumpuan warganet juga teralih kepada pasangan kedua drama ini yang tidak kurang sweetnya. Nasz Sally dan Yusuf Bahrin mencuri tumpuan SweetDreams. Foto: Instagram
Watak pasangan itu juga boleh dikatakan "rare" dalam drama Melayu, yerlah selalunya pasangan sweet ni mesti lawa dan kacak belaka, pendek kata rupa lah yang penting walaupun kemahiran berlakon seperti "kayu".
Nasz Sally memainkan watak Farah dan Yusuf Bahrin sebagai Amar, kedua-duanya sahabat baik kepada watak dilakonkan Mira Filzah dan Ben Amir.
Rata-rata warganet memuji keserasian dan keberkesanan lakonan mereka.
Comel scene. Foto: Twitter
Lawak. Foto: Instagram
Boleh la kan, menarik juga sesekali mengubah tumpuan drama kepada pasangan yang tidaklah memberikan tanggapan kepada peminat bahawa "hanya mereka yang cantik dan kacak berhak bercinta manis bak gula".
Sweet.......Foto: Instagram
Apa-apa pun harapnya lebih banyak watak sebegini ditayangkan dalam drama Melayu. Orang kata lebih realistik dan memberi peluang kepada semua pelakon yang berbakat.
Tahniah Nasz dan Yusuf! - CARI
|