Edited by jijilaaa at 4-9-2019 02:57 PM
Salam semua, mula-mula sekali kalau salah/tak seram, maafkan aku ye. Aku baru lagi ni bab bab nak menaip. Alkisah aku baru kahwin bulan 3 tahun 2018.
Ak suka sangat dengar MJ 12, slot radio dari Singapore tu, ada satu cerita tu pasal letak buah kundur kat rumah untuk tengok ada benda ke tak dalam rumah kita. So aku ajak husband buat, niat hanya untuk saja2 nak test, nak tengok betul ke berkesan cara tu. Suami masa tu tak nak buat. Dia kata memang ada benda dalam rumah ni, sy slalu nampak kat sliding door kita. Warna hitam tinggi. Tapi dia tak dok sini. Dia lalu je.. Aku time tu dah krik krik sbb aku jenis tak percaya and bukan spesis penakot. So benda tu tergantung kat situ je.
Before kahwin, sepanjang 6 tahun bercinta tu memang banyak lah teddy bear yang BF a.k.a suami hadiahkan. Time bujang semua tu duk dalam bilik aku, aku peluk2 sepak tendang2 masa tido. Tapi once dah kahwin, semua tu diletakkan di Bilik no 3 yang dijadikan Stor. Ada sekor je ak bawak masuk bilik untuk peluk time tido, nama dia si Boyen. So sekali sekala kakak aku akan datang bermalam di rumah kami. Akk aku ada 2 orang anak kecik si abang nama Mika (3 tahun) si adik nama affiya (2 tahun). Kalau dia datang tido tu, suami aku and suami dia akan g memancing, so malam2 kami ber 4 (aku, kakak, and anak dia) akan tido dalam bilik utama.
Benda dah lama ada clue, cuma time tu kiteorg anggap tak serious. Akk aku pulak mmg dari kecik lagi hijab dia terbukak. Sebagai contoh bila waktu malam, anak buah aku akan jadi sangat takot dengan semua teddy bear aku, terutamanya yang ada dalam bilik aku si boyen tu. Dia akan terjaga, nangis and tunjuk2 kat si boyen. pada kami, normal la kan budak2 nampak benda halus. Tak terpikir pun yang ada "benda" menumpang pada teddy aku.
Bilik no 3 (stor) yang ada banyak teddy bear dalam tu bersusun atas katil bujang aku. pintu bilik no 3 ni dah loose tau. kadang dia akan terbukak sendiri. Sekali sekala time tgk tv, bila pintu tu terbukak, anak buah aku akan menjerit2 ketakutan then menangis.
SABTU 24/8/2019
Long story short, hari sabtu lepas, Akk aku satu family datang rumah kami. Masatu petang, kat depan pintu bilik no 3, si mika ni ak perasan dok angkat mainan dia, mcm nak bagi kat someone, smbil dok ckp "ni ni amek aaaaa". So aku dah perasan aku panggil nama dia 3x dia tak pedulikan aku. At last ak sentuh bahu dia, baru dia tgk aku, aku tnya mika ckp dgn siapa? dia gelak2 then lari g tempat lain.
mcm biasa malam tu abg ipar n suami ak g main badminton, anak buah ak dah ditidurkan dalam master bedroom, kakak and aku dok kat hall layan movie. Tiba2 kakak aku bukak cerita.
kakak: Adik hang nak tau dak, kat rumah hang ni, betoi2 sebelah peti ais hang, ada sorang budak lelaki duduk situ. badan dia tak dak darah, tak dak luka. Dia tunduk ja, tapi mata dia dok tengok kita lalu lalang depan dia.
Me: sungguh ka kakak?
Kakak: ya sungguh, tapi dia tak tunjuk muka, aku cuma nampak mata dia saja, dia pakai seluar pendek warna coklat, baju warna kelabu. Aku dah lama nampak, tapi aku segan nak cerita kat hang, nti hang takut. Tapi tiap kali aku mai, ak mesti nampak, so ak rasa aku kena jgk cerita.
ok time ni aku cuak. Sebab dapur aku jenis memanjang, so peti ais berada betul2 belakang aku, time aku memasak. Jadi selama ni time ak memasak ada yang memerhatikan aku ke????
belum habis akk aku cerita, anak buah aku dua-dua menangis dalam bilik, berpeluh sampai basah baju, padahal bilik ak time tu bukak aircond sampai 16 c. Akk aku pun bawak diaorg datang kat Hall. Dah tetiba, si affiya dok tunjuk atas reel langsir dengan jari, sekali sekala mata dia dok bergerak dari tv beralih ke langsir. Lepastu dia lari peluk akk aku. Time ni aku teringat cite husb aku pasal lembaga hitam tinggi yang husb aku selalu nampak tu. Ok now ak dah mula takut
Around kol 1 pagi husband kami balik. Malam tu jugak kakak aku tak tido di rumah aku. Diaorg terus balik ke rumah diaorang. Time tu jugak, aku cerita pada husband aku. So husband ak kata, tunggu siang esok nanti kita ikhtiar mcm mana nak buat.
AHAD 25/8/2019
So esok siangnya (ahad), aku tgh on call dgn mil, ak mengadu pada mil pasal masaalah rumah kami. Then barulah mil bukak cite. "Sebenarnya zila, mak pun pernah nampak, masa tu mak kat hall, tiba2 pintu bilik no 3 terbukak sendiri, lepastu mak nampak teddy bear kamu yang paling besar tu, dia mcm tengah berdiri tengok mak". mak tak nak cite kat zila, kang nanti zila ingat mak reka cerita. Mil aku tau, aku spesis tak percaya pantang larang.hantu ni semua.
pasal lembaga hitam depan sliding door tu plak , maybe penjaga pintu a.k.a hantu raya. Takut owner lama yang punya since owner lama tu hindu.
haaaa time ni ak dah teramat seram. dalam kepala otak dok link kan dengan penampakan budak lelaki kecik sebelah peti ais aku tu. Bilik no 3 dok kat dapur, penampakan tu sebelah peti ais, mika main dgn "someone" pun kat area tu lah. terus ak inform husband, then husband masuk bilik no 3, campak semua teddy atas lantai then pijak. Husband kata esok balik dari kerja kita g buang semua ni. So sepanjang malam mmg kami pasang surah ayat suci al quran.
ISNIN 26/8/2019
bangun pagi tu, benda pertama aku buat ialah, check bilik no 3. nak tau apa ak nampak? teddy tu tersusun cantik mcm asal atas katil. Walhal semalam suami aku dah campak pijak2 atas lantai. Aku MENJERIT panggil husband, husband kata tak pe g kerja dulu, petang kang balik kita bakar semua ni.
So balik tu, terus kteorg bakar kat tempat y jauh sikit dari rumah. Masuk je rumah terus rumah bau wangi setanggi. Kuat sangat2. Husband bisik, dah jangan tegur, awak g mandi kita ready untuk maghrib. Sepanjang malam tu memang pasang ayat suci alquran je. Kat hall pasang, kat dapur pun pasang jugak. kira ada 2 radio la. So semalam husband letak, cuka,garam dan lada hitam dalam 8 gelas cawan. letak kat ketiga2 bilik, kat sliding door, meja makan,sebelah peti ais,bawah meja solek aku.
bangun pagi tadi aku dgn husband check. Semua cawan tak de perubahan kecuali kat 3 cawan ni. iaitu di peti ais, sliding door dengan bawah meja solek aku. air dia karat sngat, dan bentuk garam tu seolah2 di godak2/berterabur dalam cawan.
now ak sendiri jadi takut dengan rumah sendiri. Semua org ada nampak "benda" ni kecuali aku sorang je tak nampak. Yang ak perasan dalam sebulan ni nasi mmg cepat basi. Contoh aku masak kol 11 pagi, kang kol 5 ptg dah basi. kalau dulu, ak masak tgh hari..tgh hari esoknya nasik dok elok lagi.
Selain dari tu, aku and husband mmg kerap gaduh dalam masa sebulan ni. padahal kami ni kira loving couple. Baru2 ni sebelum raya haji, kami gaduh teruk smpai husb ak terlafaz talak. (bab talak ni kami dah settle kan di mahkamah). Masa gaduh tu tak terlintas pun untuk kaitkan dgn "benda" ni. Tapi tengah aku google2 harini, antara tanda2 rumah ada "penghuni" ialah rumah terasa panas, suami isteri kerap gaduh walhal perkara kecik je, nasi cpt basi.
Aku pun tak tau mana nak cari perawat islam area tempat aku ni. Ni pun ak dok google2 cari. sementara tu kami ikhtiar guna kaedah bukak ayat quran je dulu. Weeekend ni kami cuba cari bantuan.
Korang doa2 la masaaah kami ni cepat selesai. Aku takut!
Semalam selasa 27/8/2019
Kakak ak no 2 dari utara datang kursus di sini, dia and kawan2 dia req nak daging and itik salai. So malam semalam balik je keja aku ajak la husband g area pilah. Sampai je kat satu kedai ni, pakcik tu tgk kami berdua atas bawah atas bawah. Aku dah takut dah sbb dia dok pegang pisau potong daging yang mcm parang tu. Aku beli sampai 7 kilo kot daging, belum campur itik lagi. So memang lama la sambil menunggu dia potong daging tu. hadap je la jelingan tajam dia tu.
Sebelum balik, tetiba pakcik tu bagi kat aku sebalang ikan puyu. Ada la dalam 11 ekor. Memang dia jual, tapi yang ni dia kata
"nah amek ni ha, ak bagi sbb kau beli banyak kat aku. sampai rumah, pecah2 kan dalam bekas lain, letak kat dapur dan bilik. rumah kalau selalu kosong, memang ada yang suka duduk. Dalam daging2 tu aku dah letakkan paku. Takut ada yang suka pulak nanti"
dia pesan lagi...
"nanti kau amek 3 ekor ikan betuk ni, kau letak mata kail kat belakang badan dia, kau sangkut kat pintu rumah, pintu bilik yang ko laki bini tido, dengan pintu dapur, biar sampai ikan tu kering reput mcm tu. aku jamin tak de benda yang berani masuk. Sambil2 tu kau cakap kat benda tu, aku letak ni bukan nak sakitkan kau, aku nak kau keluar je, sbb aku nak duduk rumah ni, kau jgn duduk sekali dengan aku"
Laki ak masa tu kata " Eh pakcik memang kat rumah kami ada..."
tak sempat laki ak habiskan cakap, pakcik tu kata, aaahh aku tauuuuuuuuu...tu la org muda, bela kucing, bela tikus (ak rasa dia nak kata hamster) benda2 tak de faedah. lepastu balik rumah lewat malam tak reti basuh kaki dulu
naik bulu roma ak. dalam hati, wahh advance sangat pakcik ni, tak de ribut tak de hujan, boleh pulak dia tau.
Pasal darulsyifa, aku dah g kat shoplot kedai dia. Weh dah tutup, maybe berpindah ke tempat lain. Hari bekerja masa terhad sikit kan, tunggu weekend kami p cari. Lagipun weekend ni cuti 3 hari kan. Senang cite rumah aku kat area Seremban. So kalu ada sesiapa tau mana2 ustaz, tolong la bagitau kat aku.
So semalam tak de pape kena gangguan sbb kami pun tak duduk rumah sngat, balik dr pilah dah kol 11 lebih, terus je kami tido.
28/8/2019
Balik kerja. Aku pulak cuti xleh solat. Biasa kami solat kat dlm bilik utama je. tapi malam tu husband solat kat bilik no 3. Dia bwk masuk cuka, Gram kasar. Aku dok masak di dapur. Lama dia dalam bilik no 3 tu. Smpai la isyak baru dia keluar. Sepanjang dia dlm bilik, ak kat dapor ni dok dengar bunyik dung dang dung dang kat atas siling dapur.
Elok suami keluar dr bilik no 3, dia bwk 1 bekas berisi cuka+garam dia sembur2 keliling rumah. Laman depan rumah (semua dah tile) husband tabur garam. Belakang rumah (pun tile) husband tabur garam, husband bukak pintu dapur, husband kata
" aku takde niat nak sakitkan kau,aku nak kau keluar dari rumah ni, kami nak duduk sini, kami nak amek rumah ni. kau pergi tempat lain"
sesudah husb cakap gitu, terus dengar bunyi puffffff lepastu mcm ada angin lalu kat kami berdua. Tak semena mena makcik sebelah rumah menjerit Panas!! Sakit!!. Kuat dia jerit weh smpai kami boleh dengar. Lepastu dia memekik ajak husb dia keluar dari rumah. Kami mengintai kat pintu depan, nampak diaorg keluar naik kereta. mungkin hanya kebetulan dia gaduh dgn suami dia ke apa ke. Aku cite kat dalam ni, korang jgn speku makcik tu pulak, kang jatuh fitnah..hehe
29/8/2019
Pagi tu nak keluar pergi kerja mmg depan laman rumah penuh dgn garam. Rumah kami keliling tembok, just ada lubang2 corak sikit je kat tembok y memisahkan rumah kami dgn rumah jiran. masa aku balik kerja, kol 5.40 smpai di rumah. Semua garam2 kat laman dah kena sapu. Di sapu dan dikumpulkan setempat. Persoalanya Siapa yang SAPU??? Maksudnya org tu masuk dlm laman aku,bukak gate rumah aku then dia tolong sapu
Ak dok tunggu dalam keta, tunggu husband balik sbb aku penakut nak masuk rumah sensorang!. Enjin keta aku senyap tak bising, so takde sape perasan ak dlm keta.
Bila husband aku balik, (enjin keta dia bisng) ak nampak di celah2 lubang tembok, makcik tu cepat2 keluar duduk kat laman dia. mcm tunggu husb ak, mcm nak ajak sembang. Yang paling mengejutkan dia jalan pakai tongkat harini. Selama ak 5 bulan ak duduk sini, tak pernah ak nampak dia pakai tongkat. Husband turun dari kereta, dia tegur, kenapa laman penuh garam? husband ak jwb ada garam tumpah je. lepastu kami mintak izin masuk dlm rumah.
Aku dapat call dari kakak. Dia kata dia dapat mimpi. Budak kecik tu masuk dlm mimpi kakak jegil mata kat kakak. Pegang tangan kakak, benda tu marah2 kenapa cerita kat org y kakak ak nampak dia. Dia pegang kuat. Keesokanya lebam sekeliling tangan.
Aku cite kat mak aku. Mak ak kata maybe dia simpan peliharaan dia kat rumah ak. Sbb benda tu tak kacau kami kan. Dia duduk tumpang je. Dan aku baru perasan, kat rumah ak ada banyak teddy bear (dah bakar) tp tak de satu pun ayat2 al quran yang ditampal. Ni silap kami. nanti nak g cari la frame2 ayat qursi, frame bismillah nak gantung dalam rumah
30/8/2019
Husband aku buat air garam+cuka ni utk 3 malam berturut2. Start dari 28 hb hingga la ke malam ke 3 iaitu 30hb (malam countdown merdeka). Since buat air tu, rumah dah tak kena ganggu. Malam tu pulak mmg husband dah booking awal2 lagi rumah
rakit (dia dah book sebulan awal nak g mancing). so dia tinggalkan aku sensorang malam tu.
7.30pm, aku start pasang surah2 kat tv. aku bukak semua lampu, bawak masuk bekalan air dgn makanan then masuk berkurung dlm bilik, nampak tak betapa penakotnya aku.
Tengah aku battle rank kat ML dalam jam 10 mcm tu tiba2 tv ak dah tak de suara.yang ada cuma bunyi tv yang tak de siaran tu. Ak bukak balik surah tu then masuk bilik semula. Tak sempat aku nak baring, tup2 diam semula.
So ak g kat tv, try bukak astro, elok pulak berbunyik tv aku. Bila nak bukak surah, tak boleh. Menyedari something pelik berlaku, so ak cpt lari masuk bilik, bukak utube surah2 kat hp. Tak sampai 10 minit, rumah aku blackout. Korang bayangkan aku tgh period, badan kira x bersih la. Mmg ak double triple jadi takut. Time tu ayat kursi ke, alfatihah ke semua ak lupa. Tak terkeluar nak baca. Ak jerit sekuat2 nya. Scroll phone cari flaslight. Benda jarang guna, mmg menceceh la aku cari mana dok flaslight dlm phone aku ni. Time ni ak dah menyumpah diri sendiri. itula heboh sngat dok kata tak pernah nampak, org lain je nampak aku tak nampak. Ha nah ak dah kena
Jumpe jeflaslight, aku cuba keluar dari blik, nak keluar dari rumah, time ak dok menyuluh kat hall, yes ak nampak Teddy bear ak yang paling besar kat bilik no 3(pintu bilik terbukak, padahal dah tutup), elok je teddy tu duduk atas katil bujang dlm bilik tu. Menggigil ak nak bukak grill. Bukak je grill mmg cepat ak g rumah acik depan. pakcik tu mmg kaki masjid, dia polis pencen. Tengah2 malam ak mintak tolong dia, dia masuk ke rumah, cuba bukak kat fius box, mmg tak nak naik fius tu. mmg malam tu ak tido rumah dia, tak berani nak balik rumah sendiri. Call suami sendri tak berangkat!
31/8/2019
Esoknya aku demam. mmg berbakul laki ak kena marah dgn mil and mak aku. Masuk je rumah,gelas2 yang letak cuka+garam ada yag retak, ada yang tumpah.
pakcik tu panggil imam kat taman aku duduk tu. Ni pun pengajaran jgk utk suami2,rajin2 kan lah diri g masjid, supaya kenal dgn org2 tua, imam, susah2 nti mudah nak mintak bantuan.
Imam ada la baca2, then dia bagi ak minum air kosong yang dia baca2 tu. Untuk pulih semangat aku katanya. Imam tu pesan, benda boleh datang balik,dia pun makhluk allah jgk. rajin2 la mengaji, jaga hubungan dgn allah. Imam tu tak cakap sapa punya, dia xnak g tau sbb takut jatuh fitnah. Imam tu pesan suh buat kenduri doa selamat, panggil org taman baca yassin. org putih kata house warming.
Sbb masa masuk mmg tak de buat kenduri masuk rumah ke apa. Just husb azan kat semua penjuru rumah je masa awal2 pindah. Benda tu marah, dia dah lama ada (kami dah 5 bulan dok sini), tak tunjuk kan diri pun, kebetulan je ada orang nampak dia (kakak ak dan anak dia), then kami plak p buh cuka garam bagi dia sakit, tu yang dia marah sngat.
PENUTUP
Sebenarnya kan, ada kisah antara ak, suami dgn anak lelaki makcik sebelah rumah ni. Anak lelaki dia (din). Si din ni dulu keja elok, ada tunang, tp dia eksiden smpai cacat kat tangan, dapat kad oku, putus tunang dan hilang upaya utk kerja. Bulan2 dia dapat la duit kebajikan bagi. So Since tu dia mcm tak percaya dgn tuhan, dh mcm org xbetul. dia mcm jelous la ak dgn suami.
Sbb bf ak time tu tak de apa, ada motor,keje mekanik gaji 800 je,malam2 jual burger sbb nak kumpul duit kawen, itupun aku yang ada degree, gaji boleh tahan la sedap ni boleh setia tunggu bf aku smpai 6 taun. Pernah dia kata kat aku " aku tak rasa kau akan kawen dgn dia (bf aku), dia tu tak de apa kot"
pernah dulu dia hantar benda bukan2 supaya aku benci pada bf aku (suami aku la). Dia hantar melalui makanan, dia bagi aku makanan tu, ak pulak lurus bendul g makan je. Mmg hampir2 nak break. Bf ak datang hantar roti canai, ak boleh campak roti canai tu, sbb bf ak beli kat kedai yang salah. Menangis bf ak time tu, dia kata walau harga roti ni cuma seringgit, tp tu duit titik peluh sy, kenapa di baling2. Mcm2 lagi benda teruk ak buat kat dia.
Tp jodoh kami panjang. Yang bocor rahsia pun kawan dia y meneman g jumpa tok moh tu p bukak cite, sbb dia tgk ak mcm dah tak betul, asal nampak muka bf je, ak menjerit ak sepak halau suh balik. Time ni la banyak teddy bear ak dapat sbb dia nak pujuk aku, duit dia jual beger weh, tu yang aku sedih masa nak bakar teddy haritu
Lepas dari kes dia hantar benda bukan2 kat kami masa bercinta tu, bf ak stop jual burger. and stop berkawan/lepak dgn dia. Tp ni kisah 4 taun lepas.
Ni pun sehari sebelum raya haji disebabkan benda kecik je, suami ak jatuh talak taaliq dekat aku kalau ak keluar rumah. Masa tu kami tak perasan pun pasal gangguan ni. Kami ingat sbb ego kami masing2 la. Gila tak gila, becinta punya lama, punya banyak dugaan,kawen setahun laki ak jatuh talak kat aku
Masa kami beli rumah ni, mmg tak sangka akan berjiran dengan dia. Taman ni by fasa,memang tak sangka family dia duduk di fasa ni dan berjiran. 2 hari duk sini,suami ak kata "awk nak tau kita berjiran dgn sapa?" . Time ni kami dah tepuk dahi, tapi apa nak buat benda dah terbeli
since duduk sini, dia nampak husb ak dah ada keta, kami dah beli rumah, husb ak plak dah keja kat pusat servis, dah tak keja kat bengkel cabuk lagi dah.
So maybe dia dengki semula la kot. Ini anggapan kami je la, tak cite kat fam pun.
Tak tau la nak dok sini lagi ke tak, dah smpai mcm ni kena kacau.
btw thanks pada y pm bagi lokasi perawat2.
maaf jgk kalau post ni panjang nauzubillah..doakan kesejahteraan hubungan kami suami isteri. Maybe dah xkan ada update lg dah lepas ni, problem belum solve,tp punca maybe dah tahu
|