View: 1467|Reply: 9
|
Pahang Denda Premis Tak Kibar Bendera
[Copy link]
|
|
Pemilik premis perniagaan di Pahang yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri boleh didenda sehingga RM250 sempena Bulan Kebangsaan.
Memetik Astro AWANI, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal dalam satu kenyataan media berkata, pemilik premis diberi tempoh sehingga hari Rabu sebelum penguat kuasa MPK menjalankan operasi.
Foto: Visualize Picture
"MPK mensyaratkan premis perniagaan di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri serta memberi pencahayaan sempena sambutan bulan kemerdekaan pada 15 Ogos hingga 16 September 2019," katanya.
Katanya, syarat itu adalah berdasarkan Pekeliling Pelesenan Bil 10/2019 - Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 Tahun 2019 Peringkat Negeri Pahang.
Pemilik premis yang gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri boleh dikompaun di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih kat negara sendiri sampai akan dikenakan denda sebab tak mengibarkan bendera kebangsaan tapi kalau di negara lain setiap ceruk ulu mana pun mereka dengan gigih mengibarkan bendera kebangsaan negara mereka secara sendiri tampa perlu disuruh2. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian
barisan rumah aku
aku sorang je terpacak bendera depan rumah
jiran2 lain maybe dari zimbabwe kot
semangat tu takde langsung
ntah laaa labuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe. u mulakan dulu. nanti orang ikut.
|
|
|
|
|
|
|
|
almost a month sis
still macam tu jugak
eh malas la ambik port
aku tetap merdeka
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang nak tengok Jawa, Bugis dan lain-lain pendatang Indon kibarkan bendera....jgn harap la bro..depa ni tak boleh harap |
|
|
|
|
|
|
|
yup. kita buat apa yang betul. semangat mengibar dan memuliakan Jalur Gemilang mesti diperkuatkan. tambah lagi dalam keadaan DAP yang merendah2kan kedudukan bendera.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok jah i kibar kat rumah, kereta. Semangat orang lain2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|