Masihkah anda ingat tentang kes seorang pelajar "genius" Malaysia yang ditangkap dan dipenjarakan di UK kerana melakukan jenayah pedofile?
Pada 2015, Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak gred A, B dan C. Dia disabitkan dengan 17 kesalahan jenayah.
Fitri antara pesalah pedofile terberat dalam sejarah UK. Foto: Astro Awani
Malah, menurut polis London, kesalahan dilakukan Fitri adalah antara yang terburuk pernah disaksikan mereka.
"Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang sangat ekstrim yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak," kata salah seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane.
Tetapi, baru-baru ini seorang warganet mendedahkan yang Fitri sudah pulang ke Malaysia dan sedang belajar di UKM, Bangi.
Berhati-hati. Foto: Twitter
Belajar di UKM sekarang. Foto: Twitter
Memandangkan Bangi adalah "kawasan keluarga", malah Pusat Permata Negara turut berada di UKM, ia mendatangkan kerisauan ramai warganet.
Ada yang berkata, kita patut beri peluang kedua kepadanya.
Ada juga yang tidak mahu memberikan peluang kedua kepadanya.
Apa kata anda? - CARI |