'Beauty is pain'. Ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk cantik hatta mengubah wajah sekalipun. Jika zaman dahulu, pemakaian susuk sangat popular untuk tampil jelita, kini pelbagai 'susuk moden' muncul yang kononnya lebih selamat dan 'halal'.
Kata mereka pembedahan plastik haram kerana mengubah wajah, namun pelbagai cara lain yang kononnya mendapat impak sama dilakukan. Pemakaian 'filler', penggunaan dna haiwan dan merosakkan kulit wajah secara tidak langsung antara cara yang disarankan bagi mendapat kulit cantik.
Paling popular ketika ini ialah sulam bedak yang semakin ramai pengikutnya. Didakwa 'mesra wuduk' namun ramai pakar agama menyatakan ianya tidak sah wuduk kerana ianya seperti tatoo iaitu menanam 'warna pigmen' ke dalam kulit. Lebih teruk, ia menutup pori-pori serta merosakannya dalam jangka masa panjang.
Kegilaan wanita Asia menjadi putih dan pipi berwarna merah ini memang sudah lama sebenarnya. Namun sulam bedak itu sendiri berasal dari Korea Selatan yang juga dikenali sebagai Korean BB Glow. Kemudiannya ia beransur-ansur memasuki Indonesia dan kini popular di Malaysia.
Wajah yang bercahaya dan pipi kemerahan menjadi simbol kecantikan dan pemakainya tidak perlu lagi memakai bedak dan pemerah pipi kerana ia sudah tertanam di dalam kulit muka. Begitu juga dengan melentikkan bulu mata yang kekal beberapa bulan hingga tidak perlu lagi memakai maskara!
Hal ini membuatkan ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menggunakan sulam bedak, sulam blusher dan sulam bibir supaya tidak lagi mengenakan solekan ketika mahu keluar atau berselfie. Lebih mudah kata mereka tanpa menyedari ianya haram serta banyak kesan negatif.
Bagi warganet yang sedar tentang bahayanya teknik sulam bedak ini menasihatkan wanita-wanita ini supaya tidak terpedaya dengan 'keindahan' yang ditonjolkan itu.
Diharapkan dengan pendedahan ini, wanita lebih berhati-hati memilih rawatan yang sesuai dan halal. Janganlah obses cantik hingga tidak peduli halal dan haram! - CARI |