Pernah tak anda berasa seperti ada yang memerhati ketika sedang solat bersendirian? Ataupun mendengar suara asing meskipun tiada orang lain di sekeliling.
Jika jawapan anda adalah ya, anda pasti berminat dengan filem terbaru dari Indonesia yang bertajuk Makmum The Movie.
Sumber Gambar: Nontonapa.com
Filem ini mula mendapat perhatian peminat Malaysia apabila trailer Makmum The Movie yang berdurasi selama 2 minit 11 saat itu tular di media sosial dan mendapat sambutan yang baik daripada peminat.
Dalam trailer tersebut, seorang gadis yang bernama Rini sedang solat bersendirian, namun terdengar ada suara yang menyebut 'Allahu Akbar' ketika dia sedang mengangkat takbir. Rini berasa terkejut dan gusar kerana pada awalnya, hanya dia keseorangan yang berada di dalam bilik itu.
Sumber Gambar: Cinema.com.my
Penangan daripada trailer ini, seorang gadis (Arisyah) berkongsikan video 'prank' di Twitter yang dilakukannya kepada seorang lelaki, difahamkan merupakan ahli keluarganya sendiri. Dalam video tersebut, ketika lelaki itu sedang solat, Arisyah memberi takbir dengan suara serak basah dan halus seperti di dalam filem Makmum. Lelaki itu serta merta membatalkan solatnya kerana ketakutan. Meskipun nampak kelakar dan seronok untuk dicuba, korang jangan ganggu orang solat pula ye!
Twitter
Filem Makmum The Movie telah mula ditayangkan sejak 15 Ogos yang lepas. Buat korang yang gemarkan genre seram, filem ini memang wajib ditonton kerana dikatakan jalan ceritanya adalah berdasarkan kisah sebenar. Lepas ni jangan takut solat sorang-sorang pula ye! - CARI
Post time 19-8-2019 04:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat ada sorang kawan aku masa kat uni dulu cerita, rumah family dia keras n yang paling selalu kena kacau ialah dia dengan ayah dia. Dia selalu kena camni, tengah solat tetiba dengar ada orang aminkan fatihah, kadang2 dengar orang panggil2 nama dia tengah2 malam. Tapi serius aku tabik kat dia sebab lama2 dia jadi sangat berani n boleh ignore je semua tu. Dia punya tahap berani tu sampaikan pukul 2 pagi pun selamba je gi jemur baju kat kawasan ampai hostel yang memang banyak kes kena kacau dengan momok ni.
Untuk tak ot, mati hidup balik pun aku takkan tengok cerita ni sampai bila2 hahaha
ada tertengok cite kat fb , kawan i dok cerita : dia pon alami benda yang sama masa kat rumah sewa kitaorg kat shah alam . masa tu dia tinggal sorang sebab i ngan lagi sorang housemate balik kg. tengah dia solat waktu dia abis baca al fatihah , dia dengar ada `makmum` dok aminnn kat belakang . macam sembayang jemaah kat surau tu. melompat kawan i tu, memula tu dia ingat kitaorg ni saja prank dia. dia call housemate sorang tu tak dapat , lepas tu dia call i , dok marah2 : cakap apesal dok prank dia masa dia tengah solat . i pun balas lah balik : i kat kg ,, si housemate sorang pun balik kg jugak.
i tanya kenapa : dia cerita lah apa yg jadi , i suruh backpakers baju2 dia pi tido umah member lain . jangan balik rumah selagi kitaorg tak balik . on monday baru i ngan housemate sorang lagi balik rumah . kapal pecah rumah dengan lampu tak bertutup , tv tak off. nak marah tak sampai hati . member yang terkena tu: demam panas , kesian dia . lepas tu masing2 pun pindah dari rumah tu sebab dapat transfer keje kat kl .