Sering kali kita melihat kempen kesedaran tentang penyeksaan terhadap gajah yang diseksa semata-mata untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Hal seperti ini kita boleh lihat di Thailand, di mana gajah akan dilatih secara kejam dan dipaksa untuk membawa pelancong di atas belakang mereka.
Sumber Gambar: DailyStar
Sumber Gambar: Daniel McBane
Walhal meskipun gajah bersaiz besar, namun stuktur badan gajah tidak kuat untuk menampung beban yang berat secara berterusan dan ini boleh memberikan masalah kesihatan kepada haiwan tersebut.
Baru-baru ini tular isu yang sama di Sri Lanka apabila gajah yang bernama Tikiri dipaksa untuk bekerja pada setiap malam di sebuah festival. Gajah betina ini berusia 70 tahun dan sedang sakit kerana tidak dijaga secara rapi oleh pihak festival. Dikatakan, terdapat hampir 60 gajah lain yang mempunyai nasib malang seperti Tikiri yang harus bekerja di Festival Parahera di Sri Lanka.
Sumber Gambar: BBC
Setiap malam, Tikiri akan berjalan berkilometer jaraknya untuk menghiburkan para tetamu yang hadir di festival itu. Badan Tikiri akan dihiasi dengan jubah dan hiasan lampu untuk melindungi badannya yang kurus dan tulang rusuk yang kelihatan daripada dilihat oleh orang ramai.
Sumber Gambar: BBC
Sumber Gambar: BBC
Kisah Tikiri ini mendapat perhatian Pendiri Save Elephant Foundation dan mereka sedang berusaha untuk membuat petisyen supaya Tikiri dan rakan-rakannya diselamatkan. Mereka juga akan menulis surat kepada pemerintah Sri Lanka agar memberi perhatian kepada isu ini.
Hentikan penyeksaan kepada haiwan, mereka bukanlah medium hiburan buat manusia. Banyak lagi cara untuk kita berhibur dan bergembira tanpa melibatkan penyeksaan terhadap haiwan. Semoga Tikiri dan rakan-rakannya diselamatkan oleh pihak berwajib. - CARI |