View: 9352|Reply: 41
|
Mira Filzah Dan Siti Nordiana Bersaing Sengit Untuk ABPBH, Ayda Jebat Langsung T
[Copy link]
|
|
Nampaknya keadaan industri hiburan semakin panas kerana semua peminat sedang sibuk mengundi artis kegemaran mereka untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Undian pusingan pertama telah pun ditutup dan pusingan seterusnya bakal dibuka pada 20 Ogos ini.
Kredit foto: Instagram
Habis sahaja undian pusingan pertama, setiap kategori telah dipendekkan kepada 5 calon tertinggi sahaja. Mengejutkan apabila gadis idaman Malaya iaitu Mira Filzah berjaya menduduki dalam 6 kategori yang dipertandingkan.
Mira merupakan calon Top 5 dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Kredit foto: Instagram
Gandingannya bersama Remy Ishak ternyata menjadi menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda kerana mereka telah tercalon dalam dua kategori Gandingan Serasi Drama Popular.
Lakonan mereka menerusi filem Rise Inikalilah turut membolehkan mereka tercalon bagi anugerah Gandingan Serasi Filem Popular.
Kredit foto: Instagram
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana bersaing rapat dengan Mira Filzah apabila dia tercalon dalam 6 kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi Popular bersama Aliff Satar dan Lagu Paling Boom.
Kredit foto: Instagram
Dalam kegembiraan peminat Mira Filzah dan Siti Nordiana, peminat Ayda Jebat melahirkan rasa sedih kerana artis kegemaran mereka itu langsung tidak disenarai pendekkan bagi mana-mana anugerah ini.
Ayda Jebat bagaimanapun tidak ralat dan menganggap bahawa dia tiada rezeki. Dia juga menekankan bahawa dia akan tetap memberi sokongan penuh terhadap penganjuran anugerah gilang-gemilang itu.
Jadi siapakah yang akan merangkul anugerah terbanyak pada malam berprestij itu nanti? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Booster by Fan Club!
Silap2 bukan nana buka mira yg menang..
Mcm last year org duk sebut2 KB yg menang tup2 Wany Hasrita yg menang..
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon dik mira menang tahun ini.kalo dik mira xmonang xthu den nk ckp la.biaq pdn dgn populariti kanda dinda bam remy remyra yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Camna nak vote ni ? Iols nak vote kak limah
Rise ini kalilah? Lol lol lol. Cite hampeh tahap cringe nak mamposss
Mana pergi peminat ayda jebat yg dulu ramai gila tu? Dah berpindah ke MF? Takda taste nya uolsss |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 18-8-2019 10:06 AM
Anugerah Booster by Fan Club!
Silap2 bukan nana buka mira yg menang..
Mcm last year org duk sebut2 ...
dek wany tu boleh ke menang lagi ? |
|
|
|
|
|
|
|
Ceti Nana : Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi Popular bersama Aliff Satar dan Lagu Paling Boom.
Apbh dh giler ke haper?
|
|
|
|
|
|
|
|
Abph makin sampah. Ntah hape2 si wany barista tu menang last year.
Tahun ni rasanya MF menang kot. Byk jer drama n filem dia sepanjang tahun lepas sampai hari ni. Duta sana sini lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols x rasa Mira Filzah boleh menang.. sheols maybe popular tp fanbase x kuat..
Unlike Nana n KB fans deols mmg jenis gigih mengundi.. |
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo replied at 18-8-2019 10:15 AM
Camna nak vote ni ? Iols nak vote kak limah
Rise ini kalilah? Lol lol lol. Cite hampeh tahap crin ...
Aku rasa fans ayda jebat dah established...malas nak beria2 utk undian booster ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 18-8-2019 11:52 AM
Iols x rasa Mira Filzah boleh menang.. sheols maybe popular tp fanbase x kuat..
Unlike Nana n KB fa ...
You are right.....masa meletop pun ct nana dan kb yg menang..if mira or remy kalah, peminat tolong jangan jadi macam fans capik...meroyan sebab capik tak menang top2 meletop. And if wani menang lagi, terima sajer okeh....dah chuols malas undi, kalah lah. As simple as that. Ini kan undi popular.... |
|
|
|
|
|
|
|
Undian masa guna suratkhabar dulu nmpk legit. Pemenang yg mmg betul2 popular. Dh undi online ni pemenang aneh-aneh je. |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 18-8-2019 12:38 PM
Undian masa guna suratkhabar dulu nmpk legit. Pemenang yg mmg betul2 popular. Dh undi online ni peme ...
Rasanya tak juga.. Sama jer isu.. Masa sam menang 2014..zaman dia dah x aktif and karier dah perlahan... Sampai ada yg kata famili dia beli undi.. Sam nafikan.. dah rezeki.. Orang masih nak undi dia masa tu.. So zaman online ker offline.. Siapa menang.. Ada jer yg tak puas hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
diggerr replied at 18-8-2019 02:26 PM
Ade filrm ke mf tu
Satu je film rasanya tahun lps.. Rise: Ini Kalilah cite pasal 14th General Election. X laku pun film tu..
Rasa semua yg tercalon Top 5 Pelakon Filem Wanita Popular tu ada 1 film je tahun lps. Erra ngn Polis Evo 2, Uqasha watak sampingan dlm Hantu Kak Limah, Delimawati pun Hantu Kak Limah (tp watak utama), Hannah Delisha filem Langsuir.
ABPBH skrg mmg pelik2. Kalau time Erra byk menang dulu mmg muka dia je dlm 3,4 films satu tahun tu. Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kalini matured women dapat tempat |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik Ayda kata dia tak ralat.. Kot2 la nak buat isu tak puas hati macam AJL.. Lagu tak sedap kemain dia ralat tak masuk final.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 18-8-2019 10:06 AM
Anugerah Booster by Fan Club!
Silap2 bukan nana buka mira yg menang..
Mcm last year org duk sebut2 ...
Betul sgt2..yg beriya d canang last2 ke pinggiran jugak |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 18-8-2019 09:01 AM
Satu je film rasanya tahun lps.. Rise: Ini Kalilah cite pasal 14th General Election. X laku pun fi ...
Filem rise ini kalilah tu patut upgrade lg bagi cantik..mesej ada. Tp filem mmg skadar nk lepas geram sangat.... Touch up sikit ,oklah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu org dah tak pandang dah abp.
Hilang habis kelas dari anugerah paling top ke..... tah tak tau paling apa dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|