Sebelum ini, Elyana ada mengambil anak angkat lelaki bernama Tulus.
Namun, disebabkan beberapa faktor, terpaksa dengan berat hati penyanyi ini memulangkan semula bayi tersebut ke pangkuan keluarganya.
Baru-baru ini, Elyana katanya ada mengambil anak angkat lagi, seorang bayi perempuan.
Di Instagram, kapsyennya, "Anak perempuanku yang kedua."
Di Insta Story juga ada beberapa video menyaksikan gelagat anak kecil itu.
Di ruangan komen ramai yang bertanya betul ke Elyana ambil anak angkat lagi?
Tapi, tiada pula balasan daripadanya. Ada juga pihak yang risau memandangkan Elyana menghidap barah limfoma tahap empat.
Ajal maut di tangan Tuhan. Apa salahnya Elyana nak ambil anak angkat baru. Kan mulia tu? - CARI
|