Baru-baru ini, tular apabila Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) membuat petisyen untuk membatalkan sukatan pelajaran seni khat di sekolah-sekolah vernakular.
Isu ini mendapat reaksi seluruh rakyat Malaysia dan turut tidak terlepas, Bront Palarae.
Semuanya bermula apabila Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperkenalkan enam muka surat baharu pelajaran khat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun hadapan.
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan mengekalkan seni khat kepada generasi muda agar tidak lupus dimamah zaman.
Namun, usul Kementerian Pendidikan ini mendapat tentangan keras daripada Dong Zong yang beranggapan pengenalan pelajaran seni khat ini adalah tidak patut diterima dan melanggar Artikel 12(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tambah Dong Zong lagi, tiada siapa patut terlibat atau mengambil bahagian dalam acara atau pelajaran yang melibatkan agama lain.
Sumber Gambar: Malaysian Insight
Tindakan kontroversi Dong Zong mendapat perhatian Bront Palarae yang tidak bersetuju dengan tindakan persatuan ini yang mampu untuk mengancam perpaduan negara Malaysia.
Sumber Gambar: IG Bront Palarae
"Takde siapa nak buat petisyen 'Haramkan Dong Zong: Organisasi Yang Mengancam Keharmonian Negara' ke?"
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa rancangan ini akan dikaji semula dan buat masa sekarang, kementerian itu telah mengurangkan pelajaran khat kepada tiga muka surat dan menjadikan pelajaran ini sebagai satu pilihan buat pelajar.
Setuju dengan Bront? - CARI |