CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 5

Ini rupanya rahsia video siam cepat sangat viral !

  [Copy link]
Post time 12-8-2019 03:04 PM | Show all posts |Read mode
LAWAK SIAM SEMAKIN DIGILAI DI MALAYSIA


"' Lawaknya video diorang sampai senok perut akak tengok tiap2 kali diorang upload.. tak sabar ya sebab lawak diorang sangat fresh "

- Noralina (FB)



Inilah antara komen-komen di page facebook senok perut tiap-tiap kali kami share video viral daripada selatan thailan.




Abdulhakim yang selalu berlakon sebagai gadis kampung yang berperangai buruk


Sejak dua menjak semakin banyak video viral yang dihasilkan daripada content creator (pembuat video) daripada selatan thailand keluar dekat newsfeed dan suggestion fb video anda. Apa yang best sangat dengan diorang ni??
Video seperti nadia haha (abdulhakim kasing ), Pok Jo dan yaya daripada Narathiwat semakin digemari rakyat negara ini, khususnya rakyat kelantan atau sesiapa yang memahami dialek kelantan.



Pokjo memang suka berlakon sebagai makcik tua yang teraniaya.

Apa yang special sangat dengan konten video diorang berbanding video maker lokal? Kenapa video mereka di-share sampai beratus-ratus kali selepas 10 menit di upload?

kuti pembongkarang Senok Perut terhadap trend terbaru ini.

Jom!

1) Lawak ekstrem dan atas sempadan normal/agama.


Abdul hakim dengan video kontroversinya yang telah viral disebabkan ramai kaum wanita terasa sengan gaya sempoi beliau melahirkan anak.

Perasan tak lawak-lawak yang dihasilkan oleh content creator selatan thailand sangat dramatik dan extreme pembawakannnya..kadang-kadang iklan dan drama dalam satu video tiada kaitan lansung tetapi ummah masih suka dan share. ,Kenapa? sebab ianya luar jangkaan dan manusia suka element suspen..video viral di malaysia biasanya stok-stok cinta sendu meleleh dan boleh dijangka ending..di siam tidak begitu. Mereka akan pastikan anda tidak boleh jangkaa next scene apa yang akan jadi.. Lawak yang dihasilkan juga lebih extreme kerana toleransi agama di sana sangat tinggi dan ummah disana tidak senang melatah dan terasa hati dengan lawak-lawak ini...di kelantan khususnya lawak extreme siam mula diterima namun bila video ini viral ke luar kelantan, majoriti penonton luar kelantan masih merasakan video2 mereka agak offensive. tengok komen2 tersebut


Antara komen- komen daripada video viral nadia beranak pada umur 47, daripada abdul hakim.

2) Pelakon yang sangat versatile dan tidak kontrol macho

Pelakon-pelolakon mereka muka marhaen/rakyat jer tapj cara berlakon dan penghayatan .pergghh..Kami suka pokjo dalam video nadia haha, kalau beliau berlakon jd wanita tua memang menjadi..memang tiada malu2 dah. Video lawak di Malaysia ada juga pelakon yang baik tetapi majoriti hanya tampak lucu kerana lawak spastik/low efford seperti jatuh, memek muka bodoh..tiada sangat ayat makan dalam di dalam video lawak viral tanah air.

3) Setting di perkampungan dan dekat dengan penonton




Kebanyakan video lawak viral thailand menggunakan sepenuhnya setting perkampungan dan traditional mereka . Elemen budaya dan sentimental value akan menjadikan penonton mereke lebih dekat kerana mereka boleh relate dengan setting tersebut.. Setting seperti bendang, pondok kecil tepi rumah, bawah pokok jambu serta kebun getah selalu digunakan oleh video viral siam...sementara video viral malaysia  majoriti berlatarkan bandar dan taman..

4) Berkonsep tri bahasa (tiga bahasa)

Video viral siam narathiwat biasanya menggunaka dielek kelantan siam yang masih boleh difahami oleh seleruh rakyat kelantan/terengganu dan sesetengah rakyat malaysia...Penggunaan bahasa yang agak universal untuk kawasan tersebut menjadikan video2 ini tersebar dengan lebih cepat..Asimilasi bahasa turut berlaku apabila setiap kawasan ini mula mempelajari bahasa masing-masing dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, video viral ini adalah medium yang powerful untuk sebarkanm idologi, fahaman mahupun marketing produk, Ini kerana majoriti masyarakat kita sangat sukakan lawak-lawak low effort. Namun jika video2 viral di tanah air kita lebih menitikberatkan untuk menyelit unsur-unsur budaya dan bahasa, insyallah ramai anak muda akan kembali berminat dengan budaya setempat.. seperti yang di lakukan video-video viral daripada selatan siam.

Penulis,

Senok Perut





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaaa lucu.. Warioh ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dengornya. Tak lalu pulak timeline ku
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lucu dan kekadang banyak oengajaran jugak tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baru nk teruja dengan corak penulisan dan gaya bahasa karangan, igtkan wartawan cari,hebat, rupanya copy paste jgk ye..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 08:54 AM | Show all posts
Cantiknya kampung dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081994 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list