Mira Filzah dikecam kerana kurang menguasai bahasa isyarat.
Mira Filzah yang melakonkan watak gadis kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran (pekak dan bisu) dalam drama Sweet Dreams menerima kritikan penonton.
Ada sesetengah netizan berpendapat bahawa Mira sepatutnya mempelajari lebih mendalam mengenai bahasa isyarat seperti lakonan Sheila Rusly dalam drama Pia (TV3) supaya lebih realistik.
Bagi menjawab kritikan itu, Mira menjelaskan bahawa pihak produksi ada menyediakan guru bagi melatih dan mengajarnya supaya fasih dalam penggunaan bahasa isyarat.
Namun, bagi menjayakan watak Putri, Mira perlu menghadkan penggunaan bahasa isyarat kerana Putri sebenarnya tidak mahir dalam menggunakan teknik komunikasi itu.
Foto: IG
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang meminta Mira untuk memperkemaskan lagi pergerakan tangan semasa menggunakan bahasa isyarat.
"Mira patut belajar lebih banyak cara guna bahasa isyarat macam lakonan Sheila Rusly dalam drama Pia, namun saya masih suka lakonan awak dalam drama ini pun menarik," antara komen netizen.
Tapi, anda setuju ke penggunaaan bahasa isyarat ditunjukkan Mira kurang memuaskan? - CARI |