Frasa 'Pelanggan selalunya betul' kadangkala perlu difahami dari perspektif berbeza. Kata keramat ini sering menjadi pegangan apabila pelanggan berurusan dengan penyedia perkhidmatan sama ada jual beli produk atau khidmat nasihat, rundingan dan servis fizikal.
Kata keramat ini bukanlah sesuatu yang mutlak dan memberi kuasa penuh kepada pelanggan.
Kredit Foto - Ihsan Pembaca Layar Facebook
Baru-baru ini, tular video seorang juruwang di kedai serbaneka Ninso, Batu Pahat mengamuk sakan sambil membaling papam tanda 'kaunter tutup' kepada seorang pelanggan yang sedang merakamkan aksi beliau.
Wanita memang makhluk Allah yang istimewa dan sedikit beremosi, tapi tiada siapa dalam dunia ini yang suka marah dan mengamuk tanpa sebab kan?
Menerusi kicauan di twitter, juruwang tersebut tampil memberi penjelasan perihal kejadian sebenar.
Pelanggan tersebut turut menjelaskan perkara yang berlaku menerusi komen beliau di laman Facebooknya. Beliau berhajat untuk membeli barang di belakang kaunter juruwang dan meminta juruwang berkenaan mengambilnya kerana kawasan itu adalah kawasan larangan.
Oleh itu, juruwang tersebut memarahinya. Pelanggan terbabit turut memuat naik video itu dan seterusnya memaklumkan kes tersebut telah selesai dalam satu tulisan di laman Facebooknya.
Pelanggan sentiasa betul, hanya jika mereka betul dan penyedia perkhidmatan juga tak pernah salah. Semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk kita semua. - CARI
Sumber FB Rizal Hakimm dan Twitter a.sbrn @fhsbrn |