Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kredit foto: Astro Awani
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 30 Julai.
Sudah tentu perkara itu menimbulkan persoalan kerana sebagai bekas pemimpin tertinggi negara, Najib sepatutnya hadir untuk menyaksikan upacara penting tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya mendakwa perkara itu ada kaitan dengan krisis pergeseran politik yang berpunca daripada dendam antara dua pihak.
Melalui status dalam laman Facebook miliknya, dia menjelaskan, protokol istana menetapkan bahawa bekas Perdana Menteri ditempatkan di kedudukan ke-10 manakala Perdana Menteri di kedudukan keenam.
Dr. Mahathir bersedia untuk memulakan ucapan pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Kredit foto: Facebook / Unit Fotografi Jabatan Penerangan
Berdasarkan dua kedudukan itu, Najib sepatutnya duduk di barisan yang sama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Sama juga dengan jawatan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Menyampah macam mana pun, dua pemegang jawatan ini perlu duduk bertentangan antara satu sama lain di Dewan Rakyat.
"Apa-apa cubaan mengubah kedudukan orang kenamaan ketika program istiadat pertabalan hanya kerana si A tak mahu tengok muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan sombong. Itu bukan sikap negarawan," katanya.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Abdul Rahim turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengubah kedudukan Najib pada saat akhir ke barisan belakang atas kapasitinya sebagai Orang Besar Berempat di Pahang.
Najib turut diberi pujian kerana berjiwa besar apabila mengalah bagi mengelakkan istiadat yang penting itu tertangguh.
"Tuan memperoleh lagi rasa hormat saya," kata Abdul Rahim.
Najib juga memperjelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku melalui status dalam Facebook miliknya pada 31 Julai.
Kredit foto: Facebook
Susah juga kalau urusan berkaitan istana turut dipolitikkan semata-mata kerana pertelingkahan yang tidak berkesudahan. - CARI |