Aksi kurang sopan mat rempit yang dirakam kamera AES JPJ
Kredit foto: Facebook JPJ
Aksi terlampau seorang mat rempit seperti dilihat dalam gambar yang dirakamkan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menarik perhatian ramai netizen.
Dalam gambar yang dikongsi pengendali laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada 26 Julai itu, punggung penunggang motosikal terbabit dapat dilihat dengan jelas.
Walau bagaimanapun, lokasi kamera AES yang merakam gelagat mat rempit yang dipercayai tidak memakai seluar dalam itu tidak didedahkan.
Kredit foto: Facebook JPJ
Agak melucukan apabila pengendali laman Facebook tersebut berpesan agar semua orang kena saman (OKS) berpakaian secara sopan.
"esanan kepada OKS (Orang Kena Saman). Di samping mematuhi had laju yang telah ditetapkan, sikap sopan santun perlu ada di jalan raya.
"Nanti nak bayar saman, terasa malu dan segan di kaunter," katanya.
Netizen pula memberi pelbagai reaksi terhadap saranan tersebut dalam ruangan komen laman Facebook berkenaan.
Kredit foto: Facebook JPJ
Ada juga yang menegur tindakan JPJ menyiarkan gambar itu kerana ia boleh mendatangkan aib kepada penunggang motosikal terbabit.
Kredit foto: Facebook JPJ
Memang melucukan, tetapi jauhilah perbuatan merempit kerana ia boleh membahayakan nyawa pelakunya dan pengguna-pengguna jalan raya lain serta memalukan diri sendiri jika gambar yang dirakam kamera AES tidak senonoh rupanya. - CARI |