Tak masuk dek akal, namun jika tamak mengatasi segala-galanya perkara pelik pun boleh terjadi.
Tular sebuah video menunjukkan seorang individu menoreh badan lembu lalu mengeluarkan air, didapati menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, dipercayai ia susulan Hari Raya Korban yang bakal tiba tidak lama lagi, ada penternak yang melakukan sedemikian demi meraih keuntungan.
Kredit foto: Sinar Harian
Pun begitu, video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam di luar negara.
"Ini ada satu info tentang haiwan korban. Mohon waspada sebelum membeli haiwan korban lembu, kerbau atau kambing.
"Sekarang banyak terjadi penipuan. Haiwan yang hendak dijual akan disuntik air terlebih dahulu supaya haiwan ini nampak lebih besar, lebih berat dan kelihatan gemuk," tulis satu sumber menerusi Whatsapp itu. - CARI |