Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis wanita yang sudah mula berhijrah dan mengenakan hijab. Nampak lebih ayu apabila aurat tertutup sempurna.
Terbaru, Diana Amir telah berkongsi beberapa gambarnya dan beberapa selebriti lain yang telah menghadiri program berunsurkan keagamaan di sebuah kafe.
Yang menariknya, kesemua selebriti yang menghadirkan diri merupakan artis yang telah berhijrah setelah bergelar anak seni.
Antara artis yang terlibat adalah Diana Amir, Lisa Surihani, Irma Hasmie, Nadiya Nisaa, Lufya Alana, Bella Dally, Jihan Muse, Raja Farah, Sherry Al Hadad serta Aida Khalida.
Diana Amir telah menjemput Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki untuk mengendalikan program yang diberi nama Sembang Halaqah.
Netizen lain yang melihat entri ini berasa seronok dan mendoakan agar selebriti ini istiqomah dan bahagia dalam kehidupan mereka.
abis tu klu tak bertudung pedih mata kah? klu amalan kita suci muci, bertudung atau tak, tetap sejuk hokey. cuba masuk kelas tuk wat tajuk berita...sekian
Mencari ilmu itu tiada had waktunya. Tue bangka pun kalau berminat nak timba imlu apa salahnya. Semakin banyak mencari ilmu baru sedar masih banyak yg belum tau. Jadilah orang tua (bangka) yg berilmu drp menjadi orang yg dungu.