Selepas suaminya, Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan kerana jenayah dadah, Diana Danielle memberitahu hubungan mereka bertambah rapat dan semakin menghargai satu sama lain.
Menurut laporan mStar, pasangan itu kini menghargai masa bersama selepas hukuman Farid ditangguhkan.
Farid sebenarnya sudah masuk penjara selama 35 hari bulan Mei lalu, tetapi hukuman itu kemudiannya ditangguhkan dengan syarat melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
"Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menghabiskan masa bersama."
FARID KAMIL DIPENJARA SEMBILAN BULAN KERANA DADAH. FOTO: INSTAGRAM
"Hubungan kami lebih matang, mula menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya," katanya lagi.
SAYA TAKLAH SEKUAT YANG DISANGKA. FOTO: INSTAGRAM
Diana juga berkata, berbanding tanggapan peminat yang dia kuat berdepan ujian itu, dia sebenarnya tidak kuat.
"Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari saya terkesan...cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat."
Sebenarnya, apa maksud hukuman penjara ditangguhkan ini? Ada yang boleh beri penjelasan?
Apapun, semoga tabah dan berbahagia Diana dan Farid! - CARI |