Buasir boleh menyebabkan kematian jika dibiarkan tanpa menerima rawatan (Gambar hiasan) Kredit foto: Carian Google
Penyakit buasir bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada penghidapnya malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat.
Kematian seorang buruh di Sungai Lerek dekat Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 17 Julai dikatakan mempunyai kaitan dengan penyakit buasir kronik yang dideritainya sejak 17 tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian Online, mayat mangsa, Ruslan Mohammad, 50, ditemukan abangnya sendiri, Afandi, 57, dalam keadaan memakai tuala di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara pada pukul 7.15 pagi.
Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zulkifli Mat Deris, mangsa dipercayai baru keluar dari tandas sebelum memasuki kenderaan yang terletak di hadapan tandas pekerja kilang kayu milik abangnya itu.
Empat tahap penyakit buasir. Kredit foto: Carian Google
Berdasarkan siasatan awal polis di tempat kejadian, terdapat tompokan darah di dalam tandas, berhampiran bilik mandi dan pintu kenderaan.
"olis turut menemui kesan darah pada bahagian punggung mangsa dan lokasi lain dan hasil siasatan mendapati tidak ada unsur jenayah punca kematian mangsa," katanya.
Kes kematian Ruslan yang berasal dari Kampung Terbak, Besut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat di Hospital Setiu mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan usus.
Senaman Kegel dikatakan berupaya meredakan masalah buasir (gambar hiasan). Kredit foto: Qsota Medical
Sekiranya anda mengalami simptom penyakit buasir yang berpanjangan, segeralah berjumpa doktor kerana anda mungkin ada masalah kesihatan yang serius. - CARI |