Kononnya mahu membeli mi segera di sebuah kedai runcit, rupanya mahu mencabul anak pemilik premis berkenaan.
Itu yang dilakukan oleh seorang penganggur di Kampung Pinggan Jaya, Kuching lapor Berita Harian.
Mangsa, 13 bagaimanapun yang sedang bersiap ke sekolah cuba melepaskan diri dengan cara bergelut dengan suspek.
"Mangsa yang cuba melawan dengan menarik rambut suspek cedera pada hidung dan mulut, kerana suspek bertindak kasar,” kata ketua polis daerah Kuching.
Kredit foto: Carian internet
Suspek yang berusia 22 tahun kemudiannya melarikan diri kerana mangsa meminta pertolongan daripada orang ramai.
Menurut ACP Awang Din Awang Gani, penduduk setempat akhirnya dapat memberkas suspek dan menyerahkannya kepada pihak polis pada jam 3.20 petang. - CARI |