Fenomena bubble tea ataupun dikenali sebagai pearl milk tea atau boba milk tea nampaknya semakin menular di Malaysia. Di mana-mana saja kita boleh lihat manusia menjamah boba tea ini. Malah banyak pula francais francais kedai dan restoran yang mula memperkenalkan minuman ini seperti FamilyMart dan Secret Recipe. Nampaknya semua berlumba-lumba nak menang hati pengguna ya!
Bagi anda yang mungkin sudah bosan dengan boba tea, nak cuba benda baru tapi nak kena juga ada boba pearl ni mungkin boleh cuba 5 resipi ini. Penulis boleh tengok saja, nak cuba belum mampu. Tak lalu pula melihatnya. Anda berani cuba ke? Jom kita lihat.
Kalau di Taiwan misalnya, penkek atau waffle boba pearl dah dianggap biasa tapi yang ini amatlah rare.
1. Mi segera goreng bersama boba
Dua kali tengok nampak macam sedap pula. Kenyal-kenyal gitukan.
2. Telur dadar boba
Trend telur boba ini dimulakan di Jepun. Pelik-pelik tau Jepun ni, apa je lah diorang tak makan.
3. Boba Tea Steamboat
Jangan risau, boba pearl ini bukanlah dimasak dalam sup tomyam atau sebagainya. Sebenarnya 'soup base' untuk stimbot boba pearl ini pelanggan boleh pilih daripada teh susu atau susu segar. Kemudian, selain boba pear, ada ketulan mangga, kacang merah dan biji sagu.
Stimboat boba pearl ini boleh dijamah sejuk ataupun panas-panas dan boleh didapati di Penang.
4. Nasi Boba
Ni pun orang Jepun yang mulakan. Masak elok dan nampak macam sedap. Tapi rasa belum tentu lagi. Boleh lah try.
5. Cempedak Boba Pizza
Fret not! Cempedak boba pizza ini boleh didapati di sebuah restoran di Petaling Jaya. Pizza tersebut bertopping isi cempedak dan juga ketulan boba. Yum yum!
6. Roti bakar boba
6.
Ok kalau yang ini boleh diterima tekak, dan nampak enak juga!
Resipi ini memang sesuai untuk anda yang gilakan boba pearl. Selamat mencuba! - CARI
|