CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bakie

5 Sitkom Paling Popular Tahun 90-an, Siapa Sempat Melayan?

  [Copy link]
Post time 19-7-2019 02:45 PM | Show all posts
gado-gado is the best.
semua pelawak otai.
tp sekadar 3-4 siri je.
pastu 'jgn ketawa' tiru dgn barisan pelawan baru.
bukan tak lawak, tp penerimaan tu takes time.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 03:24 PM | Show all posts
RumiMenari replied at 16-7-2019 07:43 PM
Dari 1st page scroll down sume org x suke kopitiam ... i suke giler tgk kopitiam ala2 crush  ...

i pun u...crush sgt dgn Rashid Salleh tu, cakape pelat2 sikit. Dulu dia berlakon dgn Amy Mastura, Tollgate Girl, pun i tgk byk kali sbb nk tgk Rashid Salleh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
watashinoai replied at 19-7-2019 04:30 AM
under one roof kot.. smua cina kan.. satu family dlm rumah ja..

Yerla kot tp mmg semua cina..hahaha best gila..masa tu mmg gila tayangan drama hongkong kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2019 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-7-2019 11:42 AM
Alah, kalo tgk balik bukan best sgt pun...

Yg Pi Mai Pi Mai Tang Tu tu watak Sathiya balik2 Ayyo  ...

Pi mai pi mai bukan live audience ke. Teringat time kecik2 dulu penah ayah bawak gi tgk diorg buat rakaman kt Dewan Tuanku Canselor UKM
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2019 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
i watched every listed sitcoms. rindunya zaman dulu. selalu tengok dengan arwah ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 11:27 AM | Show all posts
andromeda84623 replied at 18-7-2019 10:24 PM
Yes you, I dulu pun tengok cerita Show Me The Money ni.
Tayang dekat NTV7 dulu kan?
Rezeki tergo ...

Yes!
Nasib baik ada yg pernah tgk cerita ni.
Kalau takde org tgk, mmg aku rasa aku delusional ni..hahaha

Betul dkt NTV7 dan betul pasal reban ayam tu.
Adoi, terus teringat scene dia pegang ayam ya..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2019 03:32 PM | Show all posts
Pi mai pi mai tang tu

pak uda dgn baju butang senget sebelah

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 10:57 AM | Show all posts

Ni pun legend ni.. mana nak tengok ehh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2019 12:41 PM | Show all posts
semua sempat tengok.. tapi pi mai tang tu paling lejen bg aku.
semua watak memang kelakar..setiap episod mmg best. pak uda, mak uda..lawak btul memasing
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
berusjamban replied at 20-7-2019 02:05 AM
Pi mai pi mai bukan live audience ke. Teringat time kecik2 dulu penah ayah bawak gi tgk diorg buat ...


Kalau x silap memang live audience. Itu sebab kot boleh nampak pelakon banyak ketawa. Yang kahwin dengan m.nasir tu apa ya namanya. Lupa pulak. Dia pun salah sorang pelakon PMPMTT. Dia tu lg xleh cover. Memanjang gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 01:49 PM | Show all posts
pi mai pi mai tang tu da hujung2 baru tengok and paham

kopitiam tak tengok semua sebab dulu timing tak kena

spanar jaya favorite
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 02:16 PM | Show all posts
Edited by eedharm at 1-8-2019 02:19 PM

Bendul - Mr. Bean Malaysia (1994)



Bendul ialah judul sebuah siri komedi situasi atau sitkom yang pernah disiarkan oleh stesen penyiaran RTM mulai 13 September 1994. Sitkom Bendul disadur - atau menurut pendapat umum, ia ditiru! - daripada sitkom terkenal luar negara, Mr. Bean, yang telah wujud sejak 1990. Seperti mana siri sitkom lain, slot siaran Bendul memakan masa 30 minit, dan ia disiarkan oleh TV1 setiap hari Selasa pada waktu perdana, 8.30 malam (sebaik sahaja selepas siaran berita perdana). Siaran musim pertama Bendul sebanyak 13 episod berakhir dalam bulan Disember 1994.

Selepas Bendul disiarkan sebanyak 3 episod, wartawan Ku Seman Ku Hussain daripada akhbar Utusan Malaysia telah menulis sebuah ulasan di dalam ruangan Ulasan Drama TV. Jarang sekali sesebuah sitkom diberi perhatian yang sebegitu serius sehingga diulas seperti mana sebuah filem, telefilem mahu pun pementasan teater. Begitulah kuatnya impak kewujudan Bendul kepada penonton televisyen di Malaysia yang sememangnya sudah agak lama mengenali Mr. Bean sejak ia disiarkan oleh stesen penyiaran swasta, TV3 pada sekitar awal 1990-an.



Watak "Bendul" dilakonkan oleh pelakon yang tidak terkenal ketika itu (mungkin juga hingga kini?) iaitu Huzir Sulaiman. Antara pelakon lain dalam sitkom arahan Harith Iskander itu ialah seperti Patrick Teoh, Ida Nerina & Deanna Yusoff. Di dalam ulasan Ku Seman, sitkom Bendul digelarnya sebagai "drama alihlakon", dan beliau berpendapat konsep persembahan Bendul itu "suatu yang cukup memalukan". Walau bagaimanapun, Ku Seman tetap mengakui bakat arahan yang dimiliki oleh Harith, begitu juga dengan bakat lakonan yang dimiliki oleh Huzir & Patrick, cuma beliau berpendapat bahawa mereka semua telah tenggelam oleh "tuntutan komersil" pihak-pihak yang terlibat dalam industri drama.

Nota tambahan 1:
Sitkom Bendul sehingga kini dianggap sebagai program yang tidak sepatutnya wujud, malah kaitan terhadapnya juga dianggap mungkin akan memalukan sesiapa saja. Walau bagaimanapun, apabila Huzir Sulaiman (bekas pelakon watak "Bendul") dipilih untuk menghiasi kulit majalah KLue pada 2003 (sempena pementasan teater karyanya, Atomic Jaya), siapa sangka bahawa artikel yang disiarkan di dalam majalah itu telah dimulakan dengan rujukan kepada Bendul! Adlin Rosli menulis:
"Huzir Sulaiman once played a Mr Bean-like character in a TV show called Mr Bendul in the mid '90s. Just like the source material, Bendul was the sort of fool who could escape silly situations with comic ease"
"Spend some time with Huzir, however, and you'd inevitably find yourself wondering how this sensitive and intelligent man could have anything to do with a Rowan Atkinson rip-off. The two are nothing alike. Huzir is a Princeton alumnus with a penchant for writing some of the wittiest plays ever performed on these shores"


Nota tambahan 2:
Secara kebetulan, sitkom Mr. Bean yang bermula pada 1990 akhirnya telah ditamatkan pada penghujung 1995, iaitu lebih kurang setahun saja selepas kewujudan Bendul. Siaran ulangan Mr. Bean masih disiarkan sehingga kini (kadang-kadang dapat dilihat muncul di TV3).
Berdasarkan memori dan bukannya fakta (sebab belum berjumpa bukti yang kukuh): Sitkom Bendul berjaya disambung sehingga musim kedua di mana watak "Bendul" yang asalnya dilakonkan oleh Huzir Sulaiman telah digantikan dengan Harith Iskander (maklumat ini tidak dapat disahkan, perlu disemak).
Huzir Sulaiman ialah penulis skrip filem Dukun arahan Dain Said.

Nota tambahan 3:
Dalam filem Aku Bukan Tomboy (2011), apabila watak lakonan Syamsul Yusof memperkenalkan namanya sebagai "Burn", watak lakonan Scha Al Yahya telah mengejek Burn yang berimej nerd dengan memanggilnya sebagai "Bendul".
Kredit: Arkib Negara X






Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 02:18 PM | Show all posts
Jenaka Hang Setia (1988)



Disiarkan oleh RTM1 setiap Selasa jam 9.30 malam. Konsep sitkom (komedi situasi) yang dirakamkan dalam studio ini sebenarnya masih lagi digunakan oleh RTM (contohnya Salam Pantai Timur), namun pada 1988 mungkin penonton tidak banyak pilihan (selain daripada TV3 yang masih tidak menyeluruh siarannya di Malaysia) dan tentu ramai yang masih ingat pada siri Jenaka Hang Setia yang sangat membosankan ini. Tetapi untuk meneruskan konsep sebegini pada masa sekarang adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.
Jenaka Hang Setia menceritakan tentang kehidupan di sebuah kampung pada zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dengan watak-watak bernama Sang Samba, Sang Gopoh, Dang Damai, Hang Utama dan Hang Setia. Pelakon-pelakonnya semua dianggap pelawak terkenal ketika itu seperti Hamid Gurkha, R. Jaafar, Norlia Ghani, Rominah Sidek dan turut serta P. Param dan Tan Ting untuk menghidupkan suasana muhibbah ala RTM.


Kredit: Arkib Negara X


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057624 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list