Semua Salahku
slot Lestary TV3
setiap Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
saluran TV3, tonton dan YouTube TV3MALAYSIA Official
Saksikan drama bersiri Semua Salahku yang sedang ditayangkan slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz, Syed Aiman dan ramai lagi. Drama terbitan A.Aida Production dibawah arahan Along Kamaludin. Ditayangkan bermula 11 Julai, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.
JUDUL : SEMUA SALAHKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 julai 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Idham Maulana
WATAK PELAKON
Fasha Sandha sebagai Sofea
Nafiz Muaz sebagai Harris
Intan Najuwa sebagai Mira
Neera Azizi sebagai Shila
Dayang Areeda sebagai Yanti
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran
Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
Zee Zainal sebagai Amri
Idham Maulana sebagai Naim
SINOPSIS SEMUA SALAHKU
Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika kecil, bapa Haris telah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta. Akibat terbeban, Sofea terpaksa bekerja keras untuk menjana pendapatan. Namun, Sofea terlalu sibuk bergaya dan mencari suami yang kaya, sehingga meminggirkan keperluan anak serta ibunya. Haris mula bergaul dengan rakan yang salah dan mula mencuri. Sofea ingin memikat Rosli, yang merupakan seorang pengurus kafe, namun takdir telah menentukan segalanya. Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini?
|