Kuasa viral atau tular memberi kebaikan mahupun keburukan. Kuasa viral di tangan media sosial mampu menjadikan seseorang atau sesuatu perkara itu terkenal dengan pantas. Hanya dengan satu butang "KONGSI' ia boleh memberi pelbagai impak kepada individu/perniagaan orang lain.
Baru-baru ini tular seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik hantaran mengenai roti terkenal di Malaysia, roti Gardenia. Menurut Liza Mokhtar roti yang dibelinya itu, terdapat najis tikus. Menurutnya lagi roti tersebut dibeli dalam keadaan masih berbungkus rapi. Usai membuka bungkusan roti, beliau terkejut melihat objek kelihatan seperti coklat pada roti tersebut. Setelah diteliti rupanya ia adalah najis tikus.
Setelah hantaran tersebut tular, pihak Gardenia tampil membuat kenyataan rasmi dan menjelaskan bahawa objek coklat yang didakwa najis tikus tersebut adalah serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran. Pihak Gardenia turut membawa sampel tercemar tersebut ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak untuk ujian kenalpasti dan untuk mengesahkan bahawa bendasing tersebut bukan najis tikus dengan persetujuan pengadu. Pihak Gardernia juga telah menjemput pengadu melawat kilang roti Gardenia untuk melihat sendiri keadaan kilang dan cara pemprosesan roti dibuat.
Pihak Gardenia menyeru netizen agar menilai terlebih dahulu keadaan/fakta sebelum menularkan sesuatu perkara. Netizen turun bersetuju dengan pihak Gardenia dan menuntut Liza Mokhtar membuat permohonan maaf atas sebaran hantaran tersebut.
Malah ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan Liza Mokhtar menularkan perkara tersebut.
Dan ada juga netizen yang bersangka baik mengenai bendasing tersebut.
Kuasa memuatnaik sesuatu di laman sosial adalah hak masing-masing, tetapi perlu diingat bahawa pengguna tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sivil mahupun jenayah sekiranya menyebarkan sebarang maklumat tanpa kebenaran dan kesahihannya. Islam juga telah meletakkan batas dalam menyebarkan sesuatu berita. Semoga bermanfaat. - CARI
Sumber : Liza Mokhtar & Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd
|