CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 4

Garnier Kumpul RM15,000 Untuk Perkasa Wanita

[Copy link]
Post time 5-7-2019 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Makna sebenar  Aidilfitri, atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Hari Raya Aidilfitri, bukan setakat meraikannya bersama orang tersayang, tetapi juga merupakan musim untuk bersedekah, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan.


Tahun ini Garnier Malaysia membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.


Kempen ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi.


Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli.








Garnier sentiasa komited dalam menyokong keperluan masyarakat setempat, dan DNA jenama ini disebarkan di seluruh Malaysia. “Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan – kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami.


Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan,” kata Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia.


“Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli.


Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood, yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya,” sambung Ian Cheng lagi.






Sempena dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut.



Untuk maklumat lanjut tentang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, Garnier serta rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri, sila layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 07:39 PM | Show all posts
seriously capik? kasut sukan berwarna warni gituh kau sauk buat pakai gi event dengan media macam gini? dengan baju melayu cutting cam uniform acik misi tambah pulak butang besar2 gituh?

si mira pulak sikit lagi cam nak nampak belahan bawah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:50 PM | Show all posts
amirah suhaimi ni memang rendang ye? dh lama kan dia balik singapore?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 10:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-7-2019 11:50 AM
amirah suhaimi ni memang rendang ye? dh lama kan dia balik singapore?

amirah suhaimi mana ni chuols. amyra rosli lah dalam artikel tuh. retis sendu singaporn yang chuols maksudkan tuh atikoh suhaime la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgok amyrah rosli kurus cam tu cantik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.316531 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list