Mat karpet tak tahan nafsu lalu cuba mencabul!
Seorang wanita berusia 30 tahun mendakwa menjadi mangsa cabul seorang lelaki Pakistan di sebuah kedai pakaian di Teluk Air Tawar, Buttorworth kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, pada 9.45 malam kejadian, wanita berkenaan sedang bekerja di kedai pakaian itu sebelum didatangi seorang lelaki Pakistan.
Suspek dikatakan menolak mangsa hingga terjatuh dan cuba mencium mulut wanita itu.
Kredit foto: Carian internet
“Suspek juga turut menunjukkan kemaluannya dan mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun dia dipeluk dari belakang.
“Mangsa kemudian berjaya melepaskan diri dan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Seberang perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.
Pihak polis kemudiannya berjaya menahan suspek yang berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kulim, Kedah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berniaga permaidani itu mengaku melakukan perbuatan terbabit dengan menawarkan wang RM20 kepada mangsa.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup dan rakan sekerja mangsa juga sudah pulang ke rumah," katanya lagi. - CARI |