View: 6865|Reply: 33
|
"Aku Syak Photoshop Ni!" - Tular Gambar Kembar Tiga Serupa Sangat Samp
[Copy link]
|
|
Ada adik-beradik lebih daripada dua orang ini biasalah, tapi yang luar biasanya apabila adik-beradik kembar tiga.
Tular di Twitter apabila pengguna ini memuat naik gambar adik-beradiknya. Bukan sahaja kembar tiga bahkan muka mereka tiada perbezaan langsung! Macam copy & paste.
Yang sulung ialah Iqbal, kedua ialah Hambal manakala yang bongsu pula ialah Haikal. Tuan yang memuat naik gambar mereka ini ialah si bongsu iaitu Haikal.
Muka mereka semasa kecil memang serupa, mesti makcik dan pakcik mereka keliru nak bezakan mereka.
Kredit foto: Twitter
Ingatkan semasa kecil sahaja adik-beradik ini seiras, tapi apabila dah besar pun muka mereka tidak menunjukkan sebarang perbezaan!
Kredit foto: Twitter
Haikal turut berkongsi bahawa ibu bapa mereka juga kadang-kadang keliru nak panggil mereka dengan nama yang mana.
Bayangkanlah payahnya nak membezakan muka mereka bertiga apabila mereka turut mengenakan pakaian yang sama. Mesti ada yang tersilap panggil nama.
Netizen yang lihat gambar adik beradik ini rata-ratanya terhibur sehingga tweet ini dikongsi sebanyak 30,000 kali. Netizen turut melahirkan rasa keliru nak membezakan mereka.
Siap ada yang kata muka mereka ini telah diphotoshopkan!
Kredit foto: Twitter
Rakan universiti kembar tiga ini juga turut berkongsi kisah menarik dia apabila terserempak dengan mereka banyak kali sewaktu di fakulti dan kafeteria.
Kredit foto: Twitter
Iqbal, Hambal dan Haiqal memang tak payahlah tengok cermin. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dh nam apun kembar kebanyakannya sama lah.. ape yg nk diviralkan aduiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni nampak sama sesetengah kembat ada juga perbezaannya sedikit jadi senang sikit nak bezakan antara mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dekat uni tu hari2 gi kelas diorang bertiga pakai sepesen sama ke sampai orang tu boleh confuse. kalau pakai baju lain2 memang terus dapat cam lah kan tu diorang punya twin |
|
|
|
|
|
|
|
Muka mmg sebijik. Kembar seiras betul.. Tgk sekali mmg xdpt beza |
|
|
|
|
|
|
|
Hemsem...Viral..Cer xhelok, sendu di tepian tasik...{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Sebijik wlpun kembar..at least kembar lain boleh beza ygni takleh langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
sejibik sejibun..tak pernah tengok iras betul-betul ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya depa waktu kecik!
Macam Song triplets.
Dah besar biasa je. Tapi kecik2 comey lahai |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ada sepupu kembar dari dua belah keluarga, rupa dan perangai tak sama. Senang nak kenal pasti. Yang ini memang sama sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sorang tu lain sikit.. yg sebelah kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
kembar ni mmg sama luar dalam ke? heheh |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh2 seiras ..sama jer akk pun takleh cam |
|
|
|
|
|
|
|
Cousin aku pun ada kembar yg sama sgt..
Sampai bini masing2 confuse
Tp yg amazing nya anak dia kenal ayah dia yg mana..masa tu anak tu kecik lg kurang setahun kot pakcik dia menyamar tp dia tau tu bukan ayah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kembar masa kecik muka bdn suma sama sebijik. Tpi bila besar sorg lonjong sorang bulat. Muka langsung x sama. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 18-6-2019 09:31 PM
kembar ni mmg sama luar dalam ke? heheh
Tak semestinya. Macam jiran iols dorang pun kembar tiga. Dua normal, sorang ada cacat pendengaran. |
|
|
|
|
|
|
|
helokk benor. bertuah mak pak yg dpt rezeki ank kembo. sekali beranak 3 engkau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|