Remaja perempuan didakwa membunuh kawan baiknya sendiri selepas ditawarkan ASD9 juta (RM37.64 juta) untuk membunuh seseorang.
Memetik The Sun, Cynthia 'CeeCee' Hoffman, 19, ditembak di belakang kepala sebelum mayatnya dicampakkan di sebuah sungai di Alaska.
Suspek, Denali Brehmer, 18, didakwa dibantu empat remaja lain untuk merancang dan melaksanakan pembunuhan itu.
Denali Brehmer
Foto: Daily Mail
Pihak pendakwaan percaya Denali terpedaya dengan Darin Schilmiller, 21, yang menyamar sebagai seorang jutawan bernama 'Tyler' di laman sosial dan menawarkan ganjaran jutaan dolar sebagai pertukaran gambar pembunuhan terbabit.
Darin Schilmiller
Foto: Anchorage Daily News
Ketika disoal siasat ejen persekutuan pada 10 Jun lalu, lelaki itu mengakui menjadi dalang di sebalik rancangan pembunuhan berkenaan.
Berikutan itu, Denali, Kayden McIntosh, 16, dan Caleb Leyland, 19, bersama dua lagi rakan mereka ditahan dan didakwa atas pembunuhan tersebut.
Caleb Leyland
Foto: Daily Mail
Kayden McIntosh
Foto: Daily Mail
Hasil pemeriksaan mendapati Denali menghantar video serta gambar mangsa sebelum dan selepas dia dibunuh menerusi aplikasi Snapchat kepada Schilmiller.
Menurut keluarga mangsa, Cynthia mengalami masalah kesihatan mental seperti kanak-kanak berusia 12 tahun dan menyifatkan Denali sebagai kawan baiknya.
Cynthia Hoffman
Foto: Anchorage Daily News
Difahamkan, mangsa diperdaya Denali dan empat remaja lain kononnya untuk mengikuti mereka melaksanakan trip kembara ke Thunderbird Falls di Chugiak pada 2 Jun lalu.
Sejurus tiba, mangsa diikat dengan dengan pita pelekat sebelum ditembak dan mayatnya dicampak ke dalam sungai. - CARI |