"Istighfar...36 bilion? Kau meniaga apa Syafiq Kyle?
Gara-gara drama Bukan Aku Cinta di slot Akasia yang dialognya berbilion ringgit, warganet menjadikannya sebagai bahan jenaka di media sosial. Drama lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan pelakon tersohor Indonesia, Baim Wong didakwa antara karya sampah drama jam 7 petang.
Ianya memaparkan jalan cerita yang cliche seperti drama-drama sebelumnya. Tetapi lebih teruk apabila angka-angka yang disebut sangat tidak berpijak di bumi nyata. Bisnes apa yang diusahakan oleh ahli korporat sehingga berpuluh bilion ringgit? Malahan ada adegan yang berkata mereka mengendalikan kaki tangan berjumlah 250,000 orang? Hilang akalkah penulis skripnya atau memang drama ini sengaja mencipta kontroversi demi meraih 'rating'?
Kredit foto: Twitter
"Upah John Wick pun baru 12juta. Najib pun 2.6 bilion. Dia sampai 36bilion?"
Warganet tidak habis-habis membandingkan bisnes watak Syafiq dengan isu semasa. Antaranya ialah filem barat John Wick pun tidaklah sampai beratus juta. Sedangkan 1 bilion sendiri adalah 1,000 juta.
Bukan itu sahaja, dialog mengenai 250,000 staf turut dipersoalkan. Alangkan syarikat Konglomerat seperti Petronas dan Sime Darby pun jumlah pekerjanya hanya beribu, bagaimana syarikat bisnes entah apa-apa di Malaysia ini beratus ribu?
Drama Melayu yang ditayangkan sekarang ini mempunyai kelompok penontonnya sendiri. Kebanyakannya mahu lari dari realiti namun janganlah sampai membodohkan penonton pula. Apa kata anda? - CARI
|