CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8455|Reply: 16

[Budaya] Biskut raya tradisional semakin luput daripada lidah masyarakat Melayu

[Copy link]
Post time 13-6-2019 01:47 PM | Show all posts |Read mode
BISKUT makmur, kuih bangkit, sugi, tat bunga, kuih siput dan gunting, baulu lapis, agar-agar kering dan halwa maskat antara kuih raya tradisional yang semakin luput daripada lidah masyarakat Melayu.

Hilang minat, tiada pendedahan awal mengenai makanan tradisional dan sikap lebih mengagungkan makanan luar dianggap penyumbang ke arah kepupusan sajian istimewa sempena Aidilfitri ini.

Pakar Makanan Warisan Negara, Prof Madya Dr Shahrim Karim turut menegaskan, sajian tradisi ini kian hilang gara-gara peribadi masyarakat sendiri.

“Seiring dengan perkembangan dunia yang mendedahkan kita kepada dunia luar, membuatkan masyarakat lebih gemar mencuba biskut raya moden berasal dari luar.

“Tidak keterlaluan sekiranya saya melihat bahawa orang Melayu sendiri tidak berbangga dengan makanan warisan. Sebaiknya dalam budaya makanan, kita perlu mencontohi masyarakat Jepun yang sentiasa berbangga dan memperkasakan sajian warisan meskipun bergelar negara maju.

“Kita lebih mengagungkan makanan luar sehinggakan tidak mengetahui nama atau jenis makanan yang ada, sekali gus ia terus dilupakan.



“Saya melihat peranan ibu bapa penting dalam mendidik dan memperkenalkan makanan dan sajian tradisional Melayu kepada anak, bukan saja juadah sempena perayaan bahkan hidangan harian.

“Pengenalan awal ini mampu membuatkan generasi muda menghargai keunikan cita rasa dan selera warisan nenek moyang.

“Lebih menyedihkan apabila kita membawa makanan tempatan ke luar negara, masyarakat luar lebih menghargai dan menikmati hidangan Melayu yang disifatkan eksotik berbanding rakyat tempatan.

“Penerimaan ini membuktikan sajian Melayu tradisional termasuk kuih dan biskut raya memiliki potensi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa, cuma kita perlu lebih kreatif untuk memasarkannya,” katanya ketika ditemui.



Menurut Dr Shahrim, sifat bakhil individu yang berkemahiran menghasilkan menu tradisional untuk dikongsikan kepada orang lain turut menyumbang kepada kepupusan makanan warisan.

Disifatkan ada segelintir pewaris resipi khuatir sekiranya resipi yang dikongsi akan dikomersialkan. Sedangkan ia satu daripada cara pemasaran untuk memastikan kelangsungan hidangan berkenaan.

Ujarnya, perkongsian resipi tradisional keluarga selalunya akan berlaku dalam kalangan ahli keluarga saja.

Merujuk kepada perkongsian resipi menerusi atas talian, beliau berkata, ia bersesuaian dengan trend semasa yang diguna pakai masyarakat hari ini.

“Saya melihat idea berkongsi ilmu dan resipi makanan melalui laman sosial adalah sesuatu yang bagus meskipun bayaran dikenakan.

“Ia juga satu punca pendapatan bagi individu di samping mengekalkan makanan tradisi, namun perlu diingatkan ‘guru’ berkenaan seharusnya jujur dalam perkongsiannya.



“Apabila ‘guru’ itu tidak jujur dan menyembunyikan ramuan atau cara tertentu, pastinya hasil tidak menjadi. Apabila makanan tidak menjadi, mereka akan hilang kepercayaan orang ramai.

“Rekod atau dokumen mengenai kuih dan biskut raya tradisional sangat jarang didokumentasikan mahupun penganjuran pertandingan berkaitan sering diadakan.

“Kuih raya memerlukan adunan dan ukur timbang yang tepat bagi menghasilkan kuih yang sempurna. Atas faktor ini, masyarakat kita melihat ia agak rumit untuk disediakan,” jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 02:13 PM | Show all posts
jangan cakap kuih
belumba lumba moloyo nak jadi bangla pukistan di hari raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je kuih3 tu kalo gi beraya. Tapi kuih beli ler.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 04:43 PM | Show all posts
raya haritu semua kuih ni ada kat rumah, kecuali baulu lapis ngan halwa maskat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 05:07 PM | Show all posts
halwa maskat bukan senang nak dibuat uiii, Budak2 sekarang mana la dorang tau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 04:22 AM | Show all posts
Bangkit pun yang popular bangkit cheese...kena improvisasi dulu, jika tak LENYAP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2019 10:34 AM | Show all posts
Sis suka ja makan kuih siput. Tak payah tnggu raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tart dan semprit tu biskut wajib bg kami sekeluarga then bangkit pun kena ada, sedap sgt klu dpt cicah dgn air kopi then lebur dlm air kopi sbb cepat sgt absorb
Kuih siput, kuih loyang, bahulu cermai mahupun bahulu lapis serta yg gulung mmg akan ada sbb makcik akan htr kat semua sedara mara yg pangkat anak2 buah dia
Halwa maskat plk jujur kata x pernah mkn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Putu beras n putu kacang susah sgt nak jmp kat kl ni. Kalau blk kg, g alor star cari kuih muih ni. Sedap tak sangga la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa arwah opah ada...rajin buat kuih2 tradisional ni. Bahulu yg pukul telur guna tangan sampai kembang, lepas tu bakar guna arang, kuih goyang, putu kacang tekup dan jemur, kuih paneram dh siap goreng letak dalam pasu. Sedapnya...

Sekarang ni yg ada pun x sedap org dulu2 buat. Kalau g raya pun banyak kuih moden je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..aku suka je kuih trasional..hahaha
Mcm agar2 kering bagai semua tu..yg tu x raya pun aku beli
Putu beras pebret aku tu..
Putu kacang pernah buat 5,6 tahun lepas..kerasss..hahaa
Dulu masa ada arwah tok aku, bahulu & kuih bangkit wajib dia buat sndri, tp keras la..style bahulu kampung kan..aku prefer bahulu moden..cam kapkek sikit..hahaha
Bangkit pun aku suka bangkit cheese..haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kuih tradisional warisan berzaman..sekarang semua kuih dah nak dicheesekan..teringat masa kecik2, mak suruh buat kuih loyang atau kuih bunga ros, sampai tersengguk2 depan kuali meloyang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah i dah pandai buat kuih makmur..bahan2 dia memg senang utk doh ada 2 je minyak sapi dgn tepung utk inti guna kacang dan icing sugar.. nampak simple je utk bahan2 tp nak membuat tu perlukan kesabaran yg tinggiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 03:01 PM | Show all posts
tak de salah pun kalau nak variasi ada kuih raya moden jugak. kalau nak hidang kuih tradisional je orang pun boring datang rumah ni datang rumah tu balik2 kuih yang sama jah.

tapi orang sekarang datang beraya tak pandang sangat kot kuih2 biskut bagai nih. tuan rumah dah hidang makanan berat terus kenyang lepas tu gi beraya rumah orang lain hidang pulak mihun goreng mi kari yang kira agak heavy lah jugak. sudahnya kuih raya semakin sendu di aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tempeyek, bahulu, kuih sepit, kuih loyang, kuih bangkit, batang buruk still senang nk dpt kt belah rumah mak lg. Sbb dikelilingi dgn IKS and projek2 kuih tradisional. Kuih meneram (ke peneram ntah) pon ada jugak

Tapi sgt susah dh dpt putu beras, putu kacang dahh..kuih karas pon..masa dok asrama dl siap kirim kt kwn yg duduk alor star.. mintak tlg dia belikan kuih karas lg..

Skrg beraya rumah tok2 mmg akan cari kuih2 yg lama ni..and mmg susah dh la nk jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 01:51 PM | Show all posts
my favs adalah agar agar kering..tapi susah naw nk jumpa..dh bertahun tak makan time raya rasanya




pic cr: Mr google

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 12:26 PM | Show all posts
Jumaat ni nak singgah banglo jual biskut...ada yg tradisional ni gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062886 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list