Kredit foto: Azneal Ishak MalaysiaKini
Kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang ditangguhkan pada 27 Mei lalu akan bersambung pada 26 Jun hadapan.
Syazlin Mansor, bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam satu sidang media kira-kira 1.00 petang tadi mengumumkan akan menyertai semula pasukan peguam keluarga teraniaya sebagai pihak-pihak berkepentingan.
Terdahulu, Syazlin merupakan peguam yang menarik diri dari inkues kes kematian berkenaan.
Kredit foto: Sinar Harian
Beliau membuat keputusan setelah berbincang dengan ahli keluarga mangsa dan mereka meminta Syazlin terus berada mewakili prosiding berkenaan.
Pihaknya turut berhasrat memanggil semula Professor Shahrom Abdul Wahid iaitu Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom dan akan membuat permohonan kepada mahkamah.
Semoga keadilan untuk Adib dan keluarga terbela. - CARI
Kredit foto: Sinar Harian |