Mohamad Sabu (gambar kecil) memberi jawapan kurang memuaskan apabila ditanya tentang pendiriannya terhadap kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Beting Lucinda. Kredit foto: Daily Star
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dikritik oleh seorang pakar keselamatan asing berikutan jawapan 'ala kadar' yang diberikannya semasa menjawab soalan dalam sesi soal jawab Dialog Shangri-La Institut Antarabangsa Untuk Pengajian Strategik (IISS) di Singapura pada 1 Jun baru-baru ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu ditanya oleh Felo Penyelidik IISS, Aaron Connelly sama ada pandangannya ketika dalam pembangkang dahulu yang menegaskan bahawa tindak balas yang keras diperlukan bagi menangani kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Beting Lucinda sudah berubah atau sebaliknya.
Bagi menjawab soalan tersebut, Mohamad berkata, "Kapal Pengawal Pantai China lebih besar daripada kapal-kapal perang Malaysia jadi bagaimana kami mahu mengusir mereka?"
Beliau juga menyatakan, Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya melalui diplomasi dan tidak memerlukan bantuan Amerika Syarikat (AS).
Kredit foto:
Soalan dan jawapan itu dikongsikan oleh Connelly melalui akaun Twitter miliknya pada 2 Jun.
Para netizen menyifatkan jawapan Mat Sabu itu tidak menghairankan kerana beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak berhubung tahap kesiapsiagaan pertahanan di Malaysia.
Kredit foto: Twitter
Mereka turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melakukan rombakan Kabinet bagi memastikan hanya mereka yang layak dilantik sebagai menteri.
Kredit foto: Twitter
Menteri-menteri Kabinet sewajarnya mempelajari kemahiran menjawab soalan panas agar mereka tidak 'tersasul' memberi jawapan yang cukup-cukup makan di pentas antarabangsa. - CARI
|